Wednesday, November 5, 2008

Busy

Kebelakangan ni hubby sibuk sikit...dia pun nampak tension je. So, hari2lah dia pergi uni...maghrib baru balik. Kalau tak, bila kena jumpa supervisor je dia gi uni. Hari ni dia pergi awal...biasa dia akan pergi lepas ambil Ismail kat kindy...kenalah saya yg pergi ambil Ismail. Taklah jauh tapi kalau menapak tu dlm 15 minitlah juga. Kalaulah saya ada lesenkan bagus....
Hari Isnin hari tu macam ni gak. Menapak pergi ambil Ismail dan Sumaiyyah(hari Isnin je Sumaiyyah gi kindy). Masa kat tengah jalan jumpa mak kawan Ismai(org putih sini)l...berabuk lagi speaking coz jalan sama2...huhuhu..Masa nak balik pulak...jiran Afrika ajak tumpang kereta dia(kebetulan dia yg ambil anak dia hari ni)...risau gak coz dah lebih muatan sebenarnya..7 org...tapi dia confiden je cakap takpe coz dia dah biasa sumbat 5 org anak dia..kat sini takde polis katanya...Alhamdulillah sampai kat rumah dgn selamat. Kelakar gak tengok dia bawa kereta...dia ni rendah dan kecil orgnya...kena alas seat dgn kusyen...lepas tu duduk hujung seat je kalau tak kaki tak sampai pulak kat bawah tu...hihihi....
Azam bila balik M'sia nanti, nak ambil lesenlah...buang segala rasa takut tu...anak2 dah besar dan bersekolah...satu keperluan tu...kan?
Berbalik pasal hubby yg busy tu...kesian gak tengok. Kalau bidang sama dan saya ni pandai bolehlah tolong sikit2...tapi apakan daya...Terbayang kalau saya kat tempat dia...haru tu...mana nak layan anak ..suami..kerja rumah...study lagi. Respek betul pada kaum ibu yg tengah study. Kat Adelaide ni memang yg buat PHD ni...majoritinya perempuan...lelaki boleh kira dgn jari....
Dah tiba masa nak bersiap gi ambil Ismail...langit nampak mendung...harap2 tak hujan...
Buat my hubby...teruskan usaha dan doa banayak minta Allah permudahkan segala urusan. Kami sentiasa menyokong dan doakan semoga semuanya akan selesai dgn jayanya. Dan lepas tu kita balik Malaysia...yeah ..tak sabar rasanya....

12 comments:

ain said...

salam suzi...dulu akak mcm suzi la.penakut nak amik lesen kete. byk bergantung pd hubby.kesedaran timbul bila hubby kena outstation ke paris. betul2 patah kaki..brg2 dapur pun abg ipar tlg belikan. Nsb baik anak sek naik bas.Pas balik paris hubby dok KL plk. Weeknd baru balik. so nak tak nak akak kena bljr drive gak.Bygkan masa mabuk2 ngandungkan wani akak bljr drive.Tp bila dah dpt lesen ngan kete..bestnyeeeee..!!!

Dulu akak ada gak intention nak sambung belajar gak.Tp bila fikirkan masa & tanggungjwb, x jd pulak. Lg pun hubby x setuju sgt. dia suka akak jg anak2 je.Amboi!!!

Semoga Allah permudahkan study hubby suzi ye.

Semoga Allah permudahkan study hubby suzi.

Tirana said...

Saya dah faham sangat dah suami yang sibuk belajar ni...Aduhhhhh...memang tak boleh nak diharapkan untuk menolong kita lagi dah kat rumah.. Suami saya sampai kerja ni pun sibuk memanjang..Alhamdulillah saya tak kerja..so bahagian rumahtangga, saya handle.

Shada said...

mujur la ada jiran yg membantu.

Mamasya said...

Salam Suzi....

Bagus ya jiran Afrika Suzy..tlg kemas rumah dan tumpangkan kereta. susah nak dpt jiran sebaik tu.
akak masa kat UK dulu ada juga 2-3 org kawan dr Afrika.Ada sorang tu..husbennya kawan lama hubby. kalau pergi jln2 rumah mereka, suka betul jamu kami makan.
betul tu kalau kita boleh driving senang sikit urusan. akak dulu2 takut nak driving..lesen dah berthn2 ada tp jarang drive. bila dok sini kena jugak bawa kereta sbb kat sini tak ada bas sek.husben busy..nak jln kaki mmg tak larat. sek..dlm 10 min driving dr rumah.
Semoga husben Suzy berjaya tamatkan Phd...dipermudahkan segalanya.
re; family inlaw akak dok tak jauh dr Padang Midin.

azreen said...

mmg susah jgk tak pandai bawe kete kan...tp takpe nnti suzi blehla bljar...hilangkan la rasa takut tu...pikir positif selalu...hehehe

Tie said...

Hi hi...suka kisah suzi dgn jiran tu. Nampaknya english kita sama kot..berhabuk je..he he...
Harap hubby tu cukup rehat. Takut stress lak bila terlalu busy.

eddie dewanaga said...

kita orang semua pengikut2 metal tegar seluruh Malaya menyokong Bentara sepenuh jiwa & raga lagi.. huhuhu...

along said...

kena amik lesen tu...dah abis nanti balik malaysia..amik tau...kita doakan semoga berjaya..

Unknown said...

salam dari serambi mekah untuk suzi.

bertuah suami suzi, kerana isterinya memahami.

skrg ni lesen keta dah macam kewajiban ke atas seorang isteri. ramai teman yang kakchik kenal adalah isteri2 yang bekerja/surirumah yg punya lesen sb urusan bkn setakat ke tmpt keje tapi macam2: chauffeur, personal manager, tourist guide etc.

QiStinA's said...

suzi.. saya pun rase patah kaki sbb tak de lesen kat dubai nie.. tension betul.. sbb dah biasa kat msia bawak keta even gi keja drive dr sban ke kl..everyday... kat sini bukan tak nak ambik lesen tp process too complicated...n jgn harap sekali ambik boleh lepas..even u have been driving for 10yrs sekali pun...terukkan.. tak pe..suzi..balik msia nanti ambik lesen yea...

intan said...

betul tu suzi kat perth nih pun sama byk wife yg study,mmg xble nk imagine betapa beratnya tanggungjawab diaorg tu, sy pn br dpt lesen kete masa nk dtg sni, smpai sni dah setahun xtry bwk takut pulak,hehee...blk msia la mintak kete auto:)

Suzi said...

salam...

Kak ain...
tulah rasanya memang ptg lesen sekarang ni...
TQ for doa...

Tirana...
seblm dtg sini hubby dah siap ckp pasal kesibukan dia nanti...
kita isteri hanya mampu memahami dan bantu apa yg perlu...

Shais...
tulah..dah byk hutang budi dgn dia...

Mamasya...
Tq utk doa...
Padang Midin tu sekolah saya masa form 6...tak ajuh tu dr bkt payung...

Kak tie...
setakat ni hubby nampak ok lagi...buzy hanya kat uni...dia takkan bawa balik rumah...mlm 2 masih sempat tengok DVD...cara dia lupakan tension dia hihihi...

azreen...
harap2 saya blh hilangkan rasa takut tu...

eddie dewanaga
TQ...

Along..
TQ for doa mu itu...hihihi...

Kak Chik...
dah tugas kita utk cuba memahami....kan?...utk rumah tangga kita juga...

Moi...
berkobar2 ni nak ambil lesen tu..hihihi...

Intan..
tapi rasanya kat sini jalan rayanya lebih selamat kot...