Wednesday, May 13, 2009

Bagels (New York Style)


Untuk Doh:

  • 500 gm tepung - saya guna tepung roti
  • 260 ml air suam
  • 12 gm yis segera
  • 1 tbsp madu
  • 12 g garam
  • 20 g soft butter
Untuk Air Gula Hangus:
  • 300 gm gula
  • 3 ltr air
Untuk Topping:
  • saya guna sesame seed (bijan) dan sprinkle warna-warni

Cara:

1. Masukkan semua bahan dalam BM ikut urutan, tekan menu utk DOH dan tunggu siap...1 1/2 jam.
ATAU - guna mixer...(hook)
Masukkan tepung. air, yis dan honey dalam mixer dan ONkan. selepas 4 min, masukkan butter dan garam dan terus menguli sehingga jadi doh yg elastic dan lembut, dalam 8 minit. Keluar bowl dr mixer dan cover dgn plastik bag atau cling wrap dan biarkan naik dua kali ganda. Dalam 40 minit.
2. Apabila dah naik keluarkan doh dan uli utk buang angin. bahagikan doh kepada beberapa bahagian ikut saiz bagel yg dikehendaki. (Saya dpt dlm 13 biji...tolak sedikit doh utk isa n sumaiyyah buat main hihihi.)
3. Bulat kan doh tersebut dan buat lubang ditengah2 dgn guna dua ibu jari....atau apa cara hingga terhasil bentuk seperti donat.Tapi lubangnya lebih besar dr donat biasa. Letak dalam tray. Buat hingga habis doh.Cover lagi bagel tu dan biarkan dalam 30 minit utk naik. Jangan terlampau naik.
4. Sementara itu, sediakan air gula hangus. Panaskan periuk dan masukkan gula dan masak hingga gula perang dan masukkan air(hati2). Biarkan mendidih.(saya buat separuh je..)
5. Panaskan oven pada suhu 200 C.
6.Bila bagel dah naik (lepas 30 min), masukkkan bagel ke dalam air gula hangus biarkan mendidih satu minit setiap permukaan dan terbalikkan. Angkat dan letak dalam tray. Celup atau tabur topping yg disukai. Buat hingga selesai.

sebelum dibakar

7. Bakar selama 15 minit atau sehingga keperangan.

Biarkan sejuk sekurang 1/2 jam sebelum dihidangkan.


Bagel ni sedap...tak caya, tanya Isa.
Allah bagi rasa bagel ni sedap...kan Isa??

15 comments:

ratna said...

bila saya tgk resepi2 dr suzi punya blog kan..saya selalu mengeluh..bila la bole try masak ni..

zureen @ mama said...

Bagel ni rasanya mcm apa ye??Mcm donut jugak ke??Tak pernah rasa..huhuhu..

ain said...

su...ni mcm mini donut kan. mmg popular kat US ni.

izat said...

Assalamualaikum,
betul kak suzi, Allah kasi sedap, nak ler, msk je dlm bm, malas atau rajin je kan ( saya byk malas dr rajin ahaks )..isa dah potong rambut..comel..

Rafizah Nordin said...

nak tanye isa, "isa,betui ke sedap?" heheheee...very the cumey,cam anak cino!i like sepet!tp anak2 sy sume mate molat hahaha

dina said...

kak, cam sedap je ek... macam donut ye...

mama Tiara said...

best la isa, mama pandai buat bagel..yum yum..mcm donat erk

Mak Su said...

donat ya?

mamasya said...

Salam Suzy..

belum pernah cuba lagi bagel...
bila model cilik bagel cakap sedap pasti sedap ni...
re; samalah kita peminat budu dan tempoyak mmg sedap mkn dgn ikan singang dan ulam2..tak jeling dah lauk lain...he..he..

cikgupj said...

wah sedap nampak!...macam donut je?ni mesti cuba ni...kat malaysia ada ke...

Shais said...

mana lebih sedap bagel ke donat...

Suzi said...

ratna,
kat m'sia semua senang nak beli...tu pasal kita malas nak masak lagi2 yg kerja. bila duk sini dah terpaksa. akak dulu lagi malas masak walau pun tak kerja hihihi...

zureen,
rasa dia lebih kepada roti...dekat2 dgn rasa pretzel yg lembut tu...

fiza,
tang mata n hidung tu ikut ibu dia hihihi...tu pasal cute hihihi...

kak ain,
saya blm pernah mkn mini donat tu...

Suzi said...

izat,
projek 6 bln sekali potong rambut tu...semua 3 boys tu botak...hihihi

dina,mama tiara, maksu
btk mcm donat...rasa lebih kpd roti...

mamasya,
jgn disebut mamasya..dah teringin sgt nak mkn ni hihihi...

cikgupj,
rasa lebih kpd roti...tak tahulah ada ke tak kat m'sia...akak tak pernah jumpa.

shais,
bagel tak berminyak dan lebih kpd rasa roti...

Sasha said...

dah lama teringin nak makan bagel... tertanya2 mcmner lah rasanya bagel ni sampai Ashley Olsen must have meal every morning...

azreen said...

muke isa mcm ayah dia la....tp kulit ikut suzi....hehehehe