Thursday, November 27, 2008

Ayam masak kicap

Salah satu lauk kegemaran famili saya...sedap makan dgn nasi panas....

Bahan-bahan dan cara masak:
  • ayam- potong kecil
  • garam kunyit secukupnya
  • kentang - potong baji
  • minyak untuk menggoreng
Ayam digaul dgn garam serta kunyit kemudian di goreng- jgn terlalu garing
Kentang juga digoreng hingga empuk....

  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia
3 bahan diatas dimayang
  • rempah tumis - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
  • kicap manis
  • rempah kurma
  • tomato potong 4
  • air
  • daun bawang
  • daun saleri
  • minyak utk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi. Masukkan rempah tumis dan rempah kurma...goreng hingga naik minyak.
Masukkan ayam dan goreng sebentar hingga garing.
Kemudian masukkan air dan kicap. Masak hingga mendidih.
Masukkan pula tomato daun bawang, saleri dan kentang....masak hingga pekat
Kalau suka blh masukkan cili hidup....

10 comments:

ain said...

ooooo...suzi letak rmpah kurma ekh..mesti makin sedap kan.. akak learn something new tdy.. blh try nanti.

Tie said...

Hmmm....sedap tu..sedap........

halen said...

uhhh.. pagi2 dah tgk ayam msk kicap ni terus lapar. dh laaa perut duk kosong lg ni..

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam
nampak cam sedap nih, boleh cuba masak ni ari minggu nanti

azreen said...

suzi tak pernah la buat msak kicap ubuh rempah kurma....lain kali blehla cuba...mesti sedap kan...

Intan Rosnitta said...

Intan pun masak kicap gak semalam, tapi ikan bukan ayam...

Hehehe

:)

Sasha said...

ohh!! rahsianya boh rempah kurma yea?... nak masak ler utk dinner mlm ni... tq suzi... selalu nyelesaikan problem sha...

p/s: tiap2 ari cari pk... nak masak apa yea?...

Shais said...

yang macam gini boleh cuba, kalau bakar-membakar...sori tak dapat nak mencuba:P

suzi....resepi nie mesti try sebab anak perempuan saya cukup suka masak kicap....

Sasha said...

dah try mlm tadi... sedap!.. anak sha makan nasi sampai licin... dia kata ni lauk fav dina... "Dina nak mama masak lauk tu lg"

p/s: Dina si kurus kering... x suka mkn nasi kalau x de lauk yg dia suka... mlm td boh nasi byk pun bole abis...

kakchik said...

salam suzi.

kakchik datang tiru resepi ayam masak kicap ni. hari ni kakchik masak tengahari utk keluarga. nak buat yang mudah-mudah je.

dah siap pun, budak2 dari tadi dok cakap lapar, lapar jadi kakchik lega dapat bagi diorang makan lauk ni, sebabnya LAUK NI SEDAP! diorang semua makan bertambah.