Thursday, November 6, 2008

Galic Bread 2

Roti galic ni buat utk sarapan pagi tadi. Makan degan sup cendawan...yummm.
Resepi ambil dr dapur Noreen nun jauh di UK...



Bahan-bahan (6 biji):
  • 150gm tepung roti
  • 50gm tepung kek
  • 15gm gula kastor
  • 1/4 camt garam
  • 1/2 camt instant yeast
  • 130gm susu segar
  • 15gm unsalted butter

garlic filling:
  • 30gm mentega - pada suhu bilik
  • 2-3 ulas bawang putih - chopped
  • 1 camt daun parsley kering

  • 1 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas doh

cara:

1. masukkan kesemua bahan2 ke dalam bread machine kecuali mentega dan tekankan untuk setting doh. biarkan selama 10 min barulah dimasukkan mentega dan biarkan sehingga doh siap lebih kurang 1 1/2 jam
2. keluarkan dan tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin. proses ini penting
3. bahagiakan setiap doh kepada 60gm setiap satu dan bentukkan semula menjadi bola kecil. rehatkan selama 15 min
4. setelah itu canaikan setiap doh menjadi bentuk bulat dan gulungkan seperti swiss roll supaya menjadi longish oval shape or torpedo shape
5. susunkan ke atas baking tray yang telah digris dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45min ke 1 jam
6. sementara menunggu doh siap bolehlah disediakan garlic filling. satukan kesemua bahan dan gaulkan sebati. ketepikan
7. dengan menggunakan pisau yang tajam potong tengah2 roti tetapi jangan sampai terputus dan sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit. pipekan garlic filling ke atas doh dan bakar pada suhu 180C selama 12-15 min

note: cara untuk membentuk doh ikut pada cara masing2


Hubby cakap kalau lagi garing lagi sedap...
So, lain kali nak biarkan lebih garing sikit...

10 comments:

Shais said...

sekali-sekala jadi omputih nie best juga ye...saya pun suka makan garlic bread ni. kalo pegi pizza hut mesti minta lebih cicah dengan mushroom soup.....yum..yum.

Suzi said...

shais...
saya pun suka galic bread pizza hut ...rindu nak makan kat pizza hut ni....

kakchik said...

bestnya kalau reti buat roti ni. seronok kakchik datang ke blog suzi ni yang harum masakan, mmmmm... sedapnya...
kat dapur kakchik sekarang sedang masak gulai lemak ikan selayang.

kakchik ada satu buku The Bread Encyclopaedia, tiap kali tengok rasa lapar je... nak buat tak pandai, buat donat boleh la.

tapi kakchik tak suka sangat garlic bread ni (berdasarkan pengalaman makan yg kat Pizzahut & Rasamas) tapi roti yang ada inti kacang sangat kakchik suka.

ain said...

akak selalunye beli yg dah siap..pas tu sapu butter n garlic. then bakar.Ank2 suka mkn ngan sandwic telur.

azreen said...

sedap gak pekene garlic bread ptg2 gini kan...

cHeRyNa PiReS said...

rajinnye kak suzi nieh!
sha slalu pemalas...beli dah siap jek. Pastu tumbuk garlic, campur butter ngan pepper and bakar....macam ain...

tabik la ngan kak suzi...sha tak dpt nak jd rajin macam nieh:D

Tie said...

Hi hi..jadi omputeh lak , ekk. Baru boleh cakap english tu...hi hi..

Leenoh said...

Assalamualaikum.
Waduh sedapnya roti galic, eloklah orang kita dilatih makan roti untuk menjaga kesihatan terutamanya bagi mereka yang telah berusia lanjut atau 40 tahun ke atas,
Kalau tidak dilatih susah hendak tinggalkan kebiasaan makan nasi dalam jumlah yang banyak terutamanya pada waktu malam.
Nabi pun menyuruh kita bersederhana
. Baginda mengingatkan kita supaya makan apabila lapar dan berhenti ketika hilang lapar, bermakna makan tidak sampai kenyang, tetapi makanlah semula apabila lapar dan begitu juga berhenti ketika telah hilang lapar.Itulah petua atau pesanan yang hidup sepanjang zaman.
Wallahu aklam.

Intan Rosnitta said...

Salam Suzi,

Intan pun suka yg garing sikit tapi kalau Suzi yg masak, apa2 pun masyuk punya! Hahaha

Brownies kat bwh tu mmg menggoda habis!

:D

Suzi said...

salam...

kak chik... kak ain...sha...
saya dulu kat m'sia beli je roti ni tapi kat sini kenalah buat...tak byk pilihan yg halal ...mahal lagipun...lebih baik buat kalau org ramai anak macam saya ni...

azreen..
kaalu time2 winter lagi best...kan?

kak tie...
masalah sebenar tak reti ckp ni coz malu dan tak yakin...hihihi...bilalah nak fasih english ni...anak2 saya lagi lancar english...malu je...

leenoh...
betul tu...
tapi kita org melayu ni memang takleh nak tinggal nasi tu...2 hari tal mkn nasi mcm ada kekurangan je....

intan...
nasib baik intan tak duk dekat rumah kalau tak hari2 intan dtg sbb tergoda hihihi...