Wednesday, November 12, 2008

Kek Butter Pelangi

Resepi ambil dari Mamafami FP...resepi yang diolah dr http://rozzan.blogspot.com/
Tapi rainbow saya tak cantik macam mamafami punya hihihi....terima kasih kak berkongsi resepi...saya copy-paste je ye....


Bahan-bahan :

  • 250g mentega
  • 200g gula halus
  • 5 biji telur
  • 210g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • * 1/2 sudu kecil esen ros
  • * pewarna makanan : merah jambu, kuning, hijau, biru

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Krimkan mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati.
4 Tuangkan esen vanila dan esen ros. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan hingga sebati.
6. Bahagikan bater kepada 4 mangkuk kecil.
7. Tuangkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam mangkuk tersebut dan kaupbalikkan supaya warna sebati dengan bater.
8. Sudukan 2 sudu besar bater kuning ke tengah-tengah loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
9. Sudukan 2 sudu besar bater merah jambu di atas bater kuning.
10. Lakukan yang sama kepada bater hijau dan biru. Ulangi proses ini sehingga semua bater telah habis digunakan.
11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit.


Note:
  • saya guna tepung naik sendiri
  • tak letak esen rose
  • hanya 3 warna...merah , hijau dan warna asal.

3 comments:

cHeRyNa PiReS said...

sha slalu impress tgk org yg buat kek kaler2 macam nieh. Tak pernah berani nak try. Huhuhu. Nieh Sha nak tanye Kak Suzi, dekat market skang jual kaler biru, purple...and macam2 kaler pelik tuh. Boleh pakai ke utk buat kaler kek nieh pelik?

azreen said...

klau anak2 saya mesti suke kek yg warna warni ni...hehehe

Suzi said...

salam...

sha...
blh je kalau kaler tu khas utk food...jgn lupa check bahan2 dia kot2 ada yg bhn yg tak halal...

azreen...
blh jadi kek power rangers kot hihihi...