Wednesday, November 12, 2008

Mee Ladna

Mee ladna ni pula resepi dr kak Liza...yg terkenal dgn masakannya tu.
Sayurnya saya letak apa yg ada kat peti ais je...sawi, kobis dan karot dan hanya letak ayam je...udang dan sotong takde dlm stok...mahal lagi pun sesekali je beli hihihi...
Terima kasih Kak Liza...saya minta izin copy-paste je....


Bahan-Bahan:
1 bungkus mee kuning [500 gram]
100 gm udang [buangkan kulitnya]
100 gm sotong [dipotong]
100 gm isi ayam [dipotong]
kacang sepat
bunga kobis
carrot
capsicum merah dan hijau [potong panjang]
1 s/k lada hitam
1 biji telur
air secukupnya
sos tomato
sos tiram
Minyak masak
daun bawang & daun sup [racik]
bawang goreng

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong
3. Masukkan air, sos tiram, tomato sos, lada hitam dan carrot.
4. Bila mendideh masukkana telur dan kacau supaya hancur.
5. Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. [Jangan masukkan garam kerana sos tiram dan sos tomato dah ada garam]
6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang & daun sup serta bawang goreng.

4 comments:

azreen said...

suzi...nk cikit....terliurla...

Suzi said...

salam azreen ....kalau dekat dah lama hulur hihihi...

kakchik said...

kakchik nak copy resepi yang ni. petang ni planning nak masak mee ladna.

MumMe said...

mumme nk try resepi mee ladna ni,lah esok...terima kasih yer...