Friday, November 14, 2008

Murtabak Maggie

Hidangan minum petang semalam...disebab Isa tak berapa sihat, maka masak yg simple jelah...Resepi zai tapi saya ambil dr dapur UMMI...terima kasih buat kalian berdua....


Bahan:-
  • 2 bungkus maggi perisa kari + 1 bungkus perencahnya
  • 4 biji telor
  • 1 1/2 biji cili merah - hiris halus2- tak letak takut pedas...anak takleh mkn pulak
  • 1/2 biji bawang besar - hiris halus nipis
  • sedikit lada sulahgaram secukup rasa

#saya tambah sayur...kobis(hiris halus), karot(parut) dan daun bawang....


Cara Membuatnya:-
Celur maggi dan toskan. Dalam mangkuk, pukul telor hingga kembang. Masukkan perendah kari maggi tadi ke dalam adunan telor. Masukkan juga cili, bawang, lada sulah dan garam secukup rasa dan pukul adunan hingga sebati. Akhir sekali masukkan maggi ke dalam adunan telor, gaul sebati. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan tadi seperti membuat telor dadar. Sedap untuk breakfast or minum petang..

8 comments:

Tirana said...

Bila nampak resepi murtabak maggi ni..saya teringat sesuatu...sesuatu yang agak menyedihkan..murtabak maggi ni mengingatkan saya pada seseorang..seseorang yang rapat dengan saya tapi dia telah pergi meninggalkan saya lebihkurang 3 tahun yang lalu.. Ada cerita antara saya dan dia pasal murtabak maggi ini.. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat...

Suzi said...

Innalillah..moga rohnya dicucuri rahmat...mesti org tu rapat dgn tirana ni....

azreen said...

menu simple dan menarik kan....nk cikit...hehehe

Suzi said...

alamak areen dah habislah...hihihi...

TEAM B.I.O.N.I.C said...

alamak murtabak maggi.. lama dah tk masak makanan ni... nyum nyum

kakchik said...

kakchik dah cuba... mmmm... sedapnya..., simple dan sedap.

maggie ada lagi 2 bungkus tu, bolehlah buat lagi esok.

Suzi said...

salam teambionic n kak chik....
sedap...kan?

::fatihahanapi:: said...

baru ari ni taw buat murtabak maggy..
simple gler yaow....
thanks dear...