Wednesday, November 19, 2008

Sweet dinner rolls


Lagi resepi roti dr dapur Noreen di UK nun. Sedap dan lembut...
Kat dapur Noreen ni byk resepi roti yg sedap2. TQ coz berkongsi resepi, saya copy paste je...


Bahan-bahan (16 biji):
  • 3 3/4 cawan tepung roti/tepung gandum
  • 1 paket (11gm) yis - kalau takut doh berbau yis boleh dikurangkan kepada 3 camt (9gm)
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/2 cawan susu segar suam
  • 1 biji telur
  • 1/3 mentega (75gm) - pada suhu bilik - mcm biasa, saya guna minyak masak
  • 1/3 cawan (75gm) gula pasir
  • 1 camt garam

  • 1/4 cawan (55gm) mentega - pada suhu bilik

cara:
  1. masukkan kesemua bahan kecuali 1/4 cawan mentega ke dalam bread machine
  2. tekankan butang untuk doh dan biarkan sehingga doh siap
  3. selepas itu keluarkan dan letakkan doh ke atas papan pencanai yang telah di taburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  5. kemudian bahagian kepada dua bahagian dengan setiap satu seberat lebih kurang 410gm
  6. bentukkan setiap doh tadi menjadi bulat
  7. rehatkan doh selama 10 min
  8. setelah itu ambil satu doh dan canaikan selebar 12 inci dan potongkan kepada 8 bahagian
  9. sapukan doh tadi dengan mentega (1/4 cawan) dan ambil satu keping, gulungkan dengan ketat bermula pada bahagian lebar
  10. lakukan sehingga habis dan aturkan ke atas dulang yang telah digris supaya tidak melekat
  11. tutupkan dulang tadi dengan tuala bersih atau cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45min ke 1 jam
  12. note: pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah diletakkan dulang doh tadi ke dalam oven dan letakkan 2 cawan air panas di sisi dulang. tidak perlu on kan oven
  13. setelah itu bakar pada suhu 200C selama 12 min atau sehingga masak dan keperangan
  14. keluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan mentega atau olive oil supaya permukaan roti akan sentiasa lembut

note: roti nie sesuai dihidangkan bersama2 dengan mentega dan jam untuk hidangan pagi, petang dan malam

source: allrecipes

*kat resepi asal ada tunjuk gambar step by step...


makan utk minum petang dgn teh panas...yummmm...

7 comments:

Tirana said...

Bila tengok resepi baru teringat blog resepi tu dah lama tak update..hehehe.. Memang ada resepi yang nak diletakkan di situ..

cheryna zamrinor said...

gebunye roti nieh! kalo adik sha tgk nieh mesti die suke...tak sabar plak nak tunjuk kat die:D

* adik sha lagik suke bakery dr sha:D

thanks sbb visit blog sha, kak suzi...:D

Intan said...

Suzi,

Jom kita berjiran nak? Nanti intan bawak mangkuk kosong je selalu. Hihi

:D

azreen said...

wow sedapnye suzi...cicah ngan teh panas tuh...huhuhu

QiStinA's said...

suzi nampak gebu n menarik sgt roti u tu... mcm jual kat bakery je..he..he

ain said...

bestnye suzi...menjadi roti suzi.. balik msia nanti..dok le dkt2 ngan umah akak ekh...

Suzi said...

salam...

tirana...
yelah dah lama u tak update...saya tunggu resepi laksa penang u ni...

sha...
cepat2 tunjuk hihihi...sama2...

intan...
kalau berjiran kat sini blhlah bawa mangkuk kosong...kalau kat M'sia silap2 saya yg bawa mangkuk kosong pergi rumah intan hihihi...

azreen...
lagi sedap kalau time winter...kan?

moi...
tq...

kak ain...
blh2...akak ajar saya hias rumah hihihi...