Monday, November 17, 2008

KUE TEOW SUP HOR FUN

Dah lama teringin nak buat kue teow ni...sejak tengok kat fp kak rinn hari tu.
Baru semalam dpt buat coz dah beli kue teow kat kedai asian....yummm sedapnya....
Terima kasih kak rinn....

Bahan-bahan: (copy-paste )

  • Sebungkus kuew teow (600gm)
  • 2 potong bahagian dada ayam
  • 10 ekor udang besar
  • 10 biji bebola ikan
  • 5 batang crab sticks
  • 3 biji bawang putih
  • Sedikit minyak utk menumis
  • 1 camca teh lada putih
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak bijan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Daun kucai
  • * Kalau nak lebih rasa ayam, boleh masuk 1 kiub ayam. Rinn tak bubuh ya....

Cara-cara:

1. Celur kuew teow hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, tumiskan bawang putih hingga agak layu. Masukkan lada putih dan kacau.
3. Tuangkan air secukupnya untuk dijadikan sup. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ayam. Apabila ayam dah masak, keluarkan dan sejukkan. Carik-carikkan ayam.
5. Masukkan udang, bebola ikan dan crab stick ke dalam sup ayam tadi.
6. Perasakan dgn garam dan gula. Tambahkan beberapa titis minyak bijan.
7. Ambil sebahagian kue teow yg dicelur tadi dan bubuh ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah sup.
Taburkan ayam dan daun kucai. Lebih sedap jika dihidang bersama sambal kicap.


note:
  • saya tambah karot, saleri, bunga kobis dan sos ikan.
  • tak letak udang, bebola ikan dan crab stick
  • ganti daun kucai dgn daun bawang

2 comments:

Shais said...

salam suzi...

dah berapa hari saya tak singgah ke sini. cuti sekolah dah bermula anak-anak la yg dok kat pc selalu. ada peluang pun bila malam...kadang-kadang terlena....sabar je la.

Adli suka kue teow sup...boleh la say mencuba pulak:)

azreen said...

wah sedapnye suzi....tekak ni pun cam teringin je nak makan...tp brg2 nye takdela pulak...huhuhu