Tuesday, November 25, 2008

Kuih Tiram

Kuih tiram ni resepi s_shamen@myresipi.com. Sedap...dah byk kali buat....Sebenarnya ada macam2 org panggil kuih ni...ada org panggil kuih lidah kucing, lidah buaya, lidah jin...tak tahu nama rasminya apa....Terima kasih kerana berkongsi resepi...saya minta izin copy paste je ye... :)


Bahan-bahan ( dapat banyak...boleh dapat satu tin besar kot! )

  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • **6 sudu tepung jagung**
  • **6 sudu minyak**

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

8 comments:

Tie said...

Oh! kak tie tak pernah buat ni. Pandai la suzi. Kak tie tau makan je..hi hi..Ini nak cuba..nampak senang je..

Intan said...

Salam Suzi,

Intan pernah buat kuih tiram ni, ambik kat MyResipi jugak. Budak2 suka makan. Renyah nak buat tapi makan kejap je...huhu.

:D

azreen said...

suzi....lain kali tunjukla cara nak buat dia satu persatu...blehla jugak nak try...saya suka sgt makan kuih ni....

ct_as said...

ish..ish..rajinnye kak suzie ni. boleh bg petua tak utk rajin masak?..hehe

cheryna zamrinor said...

elok la name die kuih tiram dr dok panggey lidah...lidah...lidah...hehehe...kak suzi nieh tera la...sume kuih leh buat!:D

Sasha said...

ni kuih fav sha masa kecik2 dulu... manis & sedap... hmmm... bila lah nak dpt makan lg?... tunggu cik rajin dtg... tak dtg dtg...

Suzi said...

salam ..

kak tie...cuba jgn tak cuba...

intan..tulah dah asyik kunyah je tak sedar dah nabis sebalang hihihi

azreen...insyaAllah kalau rajin hihihi...

ct-as...takde petua apa2..terpaks rajin sebenarnya... hhuhu...

sha...sha pun blh...cubalah kalau tak caya...

sasha...moga2 cik rajin tu dtg hihihi...

Yoehan said...

saya baru nak cuba resepikuih tiram ni,harap saya bejaya sebab anak-anak saya menyukainya.