Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Sumaiyyah Ibrisam


Buat anakanda tersayang, selamat hari lahir ke 6. Semoga membesar jadi anak yg solehah....menjadi sehebat Sumaiyyah bt Khayyat....Berjaya dunia dan akhirat.



day 1 @ Hospital Pantai Putri Ipoh. Kepala mcm 'bersanggul' sbb kena vacum...:)


kek puding karamel untuk birthday kali ni...



Thursday, April 14, 2011

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA



Setuju dengan K. Ummi, kek ni SEDAP DENGAN RASA BADAM, MOIST, GEBU, HARUM WANGI BAU ROS DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA...Suka !!! Hubby pun cakap sedap.



Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff
Sumber :
Rinnchan via UMMI
-terima kasih berkongsi resepi.



Bahan-bahan: (akak guna loyang bulat 6 inci)

* 250gm mentega(*akak guna Golden Churn brand)
* 5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)
* 4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)
* 1 oz badam kisar (*akak letak 60 gm)
* 5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)
* 2 susu makan susu pekat manis
* 1 1/2 sudu teh esen rose
* sedikit pewarna merah dan hijau(*akak letak biru, ungu dan pink)

** sy guna marjerin je dan dua warna je kuning dan pink serta acuan 'love'. Sukatan lain sama dgn K.Ummi.


Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.


Buat petang semalam untuk minum petang, tapi bila kek masak je, kawan dah datang untuk ke kelas aerobik. Balik aerobik baru sempat potong....elok, buang lemak pastu ganti balik hehehe.

Seperuh dah bg kat jiran, lepas tu baru teringat nak ambik gambar .... alahai terkopek sikit keknya.


sarung lengan dwi warna. RM 12 sepasang @ comel lote


Monday, March 28, 2011

KEK COKLAT KUKUS MUNIRA

Assalamualaikum. Update blog jap sementara tunggu Isyak. Anak-anak pun tengah elok borak-borak adik beradik....ibu curi masa jap:)). Kek coklat ni buat hari Ahad semalam. Angin rajin nak buat kek...resepi ambil dr rumah Izah. Terima kasih berkongsi resepi. ramai dah mencuba resepi ni antaranya, Hana, Mas .

Sedap kek coklat ni. moist sgt. Buat bentuk 'love' lg hehehe...rasmi acuan baru beli sebenarnya. :))






Resepi Asal dr:
Pn Munira Baharom.
-KR
source : kak.noormasri@coretandaridapur
copy: Izah Muffin Lover



Bahan-bahan:

Bahan A

* 1 cawan gula pasir - (hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje - sy pun sama.)
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu cair - hana gune susu segar
* 1 cawan susu pekat
* 1 cawan minyak masak
* 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde - tak letak


>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak

* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
* 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder


Bahan C
4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga



Cara-cara

  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.



topping coklat pun sy ikut Izah, guna resepi dr Noor Masri.
Hias dengan hirisan badam...yummmm.


TOPPING COKLAT

Bahan-bahan:


  • 250 g coklat masakan } potong kecil2
  • 1 sudu besar majerin* saya guna butter
  • 130 ml double cream atau whipping cream
  • sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional (ganti dgn susu pekat 1 sudu makan)

Cara membuat:

  1. Cairkan coklat secara double-boiler.
  2. Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati.
  3. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.


Ni pulak lunch kami hari Ahad tu...lasagna.



dinner....

Friday, March 25, 2011

Custard Teacake

Assalmualaikum. Huhuhu liat betul update blog sekarang ni....:)). Semalam saya dah dijangkiti virus kek yg glamour sekarang ni tu. Apa lagi kalau tak Custard Teacake. Ramai dah kawan-kawan yg mencubanya, gara-gara kesedapannya. Saya buat kek ni untuk minum petang semalam...laku betul. Anak-anak saya sangat suka, terutama Iman. Suku kek untuk dia je.

saya bakar dalam acuan 4 segi(pyrex)....doublekan kuantiti bahan :)

Sumber:: Cik Mat Gebu
Resepi Asal:: Kak Ida
~terima kasih berkongsi resepi.

BAHAN KEK :-)

  • 125 gram mentega
  • 1/3 cawan gula halus @ gula kastor
  • 1 biji telur gred A
  • 3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
  • 1 camca besar tepung kastard
  • 1 camca besar gula kastor
  • 2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
  • 15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
  • 2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar)(-sy guna acuan 4 segi). Ketepikan.
  3. UNTUK KEK:- Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

Sebab ada kastard tu kot yg buatkan laju je anak-anak makan....yummm! saya doublekan bahan-bahan...:)

Monday, November 23, 2009

Puding Kastad Berlapis, Kek Gula Hangus

Puding Kastad Berlapis


Resepi dr favourite-recipes.blogspot.com, terima kasih Tirana berkongsi resepi....sy minta izin copy-paste . Sedap!!! Saya guna 2 warna je...


Bahan-bahan
  • 25gm agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 100gm mentega
  • 4 biji telur - ambil merahnya sahaja
  • 1 tin (400gm) susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan sedikit air
  • pewarna merah, hijau dan koko

Cara memasak
  1. Basuh agar-agar dan masak dengan 4 cawan air hingga hancur.
  2. Bila agar-agar telah hancur, masukkan gula.
  3. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan susu cair dan campuran tepung kastad. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang telah mendidih. Kacau rata.
  6. Bahagikan adunan agar-agar kepada 4 bahagian - 3 bahagian dibubuh warna yang berlainan iaitu merah, hijau dan koko sementara 1 bahagian lagi dibiar dengan warna asal.
  7. Sediakan loyang, masukkan separuh adunan yang berwarna asal. Tunggu sehingga lapisan itu beku, baru masukkan bahagian yang berwarna hijau. Ulang proses dengan bahagian yang berwarna merah dan koko. Lapisan atas sekali, letakkan bahagian warna asal yang berlebihan tadi.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk kemudian bolehlah keluarkan dari acuan.





Kek Gula Hangus


resepi ceduk dr dapur
UMMI..resepi asal dr nita. Terima kasih berkngsi resepi....pun sedap!!!

Bahan:-

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telor
  • 2 camca besar mentega

Cara Membuat:-

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
  2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 - 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*ummi bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj






Tuesday, August 4, 2009

KEK CHIFFON PERASA ASAS dan surat sekolah....


Kek chiffon ni resepi Alex Goh tapi saya ceduk kat dapur Mamafami. Untuk minum petang tadi. Terima kasih akak kerana berkongsi resepi....

Bahan-bahan :
(A)
  • 4 kuning telur
  • 115 ml air
  • 85 ml minyak sayuran
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100 g gula
  • 150 g tepung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Mama tambahkan sedikit Blueberry Emulco- saya letak esen vanilla.
* saya guna tepung naik sendiri....


(B)
  • 4 putih telur
  • 90 g gula
  • 1/8 sudu teh cream of Tartar

Kaedah penyediaan :

1. Tuang kuning telur, gula dan minyak sayuran ke dalam mangkuk pengadun.
2. Tambah baki bahan-bahan ramuan di (A) ke dalam mangkuk.
3. Adun (A) sehingga tida berbintil-bintil. Ketepikan sebentar.
4. Pukul putih telur di (B) sehingga lembut dan kembang. Tambah gula dan krim tartar. Terus memukul hingga pekat.
5. Adun (A) dan (B) sehingga sebati. Bakar pada suhu 175 C selama 40 minit. Segera balikkan bila dikeluarkan daripada ketuhar. Biarkan ia sejuk. Bila kek sudah sejuk, keluarkannya daripada acuan.
bukan main lg anak2 saya makan petang tadi...maklumlah org baru ada selera makan. lagi pun dah lama saya tak buat kuih...seminggulah juga..asyik mkn roti yg beli je...hihhi






Surat pemberitahuan dr sekolah....


ni surat dr sekolah yg diberi kpd iman tadi..tak tahu kenapa ismail takde pulak dapat. Surat yg menyatakan bahawa minggu lepas ada murid dan staf yg di diagnosis kena virus H1N1(klik gambar utk baca isi kandungan surat...) tapi sekolah tak pulak ditutup. Mungkin sebab dah terlampau banyak kes kat Adelaide ni...Alhamdulillah anak2 saya dah sihat dan harap janganlah kena virus ni...moga Allah SWT jauhkan kita semua dr virus ni..amin.



Friday, July 24, 2009

Kek Coklat Kak Nor Trg....

Buat minum petang tadi...sedap!!!! dan nak buat pun senang. Resepi dr Kak Nor tapi copy-paste dr dapur Ita nun di Jepun sana. Terima kasih berkongsi resepi....Buat separuh adunan je tadi sbb nak cuba.....


Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

* 250gm butter
* 1 cawan gula castor
* 1 cawan gula perang
* 4 biji telur (A)
* 1 sudu teh esen vanila
* 1 cawan susu segar suam
* 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
* 3/4 cawan serbuk koko
* Utk choc ganache:
* 150gm coklat masakan
* 1 sudu besar susu pekat
* 1/4 cawan air panas
* 1 sudu besar butter

Cara-cara

1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.




Tak sempat nak tunggu betul2 sejuk pun...anak2 dah menunggu dgn piring masing2....




Saturday, July 11, 2009

Kek Santan

Salam semua, dua tiga hari tak update blog...mula2 tu sibuk kemas apa yg patut sbb hari khamis tu inspection rumah lagi. Alhamdulillah semuanya baik...lagi 3 bulan inspection lagi. Disamping itu, Iman dan Isa tak berapa sihat...kalau isa yg tak sihat faham2 jelah....ditambah pula cuti sekolah ni...mmmmm. Adalah sempat pergi ziarah kekawan, ada yg sempat tinggal jejak...ada yg tak.


Kek santan ni projek semalam...sedap juga kek ni. Sekali rasa mcm baulu pun ada....Resepi ceduk dr dapur UMMI, dah ramai juga yg buat kek ni...Kak Ain pun dah buat...kan?.




Bahan-bahan:-
( 15 orang makan/loyang 8x8x3 in )
  • 4 biji telor gred A - akak guna gred B je..(kalau tak ada apa2 gred pun boleh lah, kalau gred C tu bubuh 5 biji)
  • 360g gula pasir (akak letak gula castor)
  • 1biji kelapa = jadikan 400 ml santan (ummi bancuh santan serbuk + 400 ml air)
  • 8 helai daun pandan - diparut dan diperah bersama kelapa parut tadi
  • 400g tpg gandum = diayak
  • 4 sudu teh baking powder
Cara-cara:-
  1. pukul gula dan telor hingga kembang
  2. masukkan santan yang diperah bersama pandan tadi, dan kacau sampai sebati
  3. masukkan tpg dan kacau hingga sebati
  4. akhir sekali masukkan baking powder, dan gaul rata
  5. griskan loyang dgn minyak dan masukkan adunan kek
  6. bakar 180 C dan bakar 45 minit, sejukkan baru dipotong.





p/s: sorry ye kawan2 yg tinggal pesanan kat shoutbox atau komen...blm sempat menjawab lagi...diusahakan nanti...have a nice weekend!!


Friday, June 26, 2009

Kek Chiffon

Projek mencuba mixer baru...buat kek chiffon. Alhamdulillah menjadi...

1)Milo Chiffon Cake


Resepi dr dapur Noreen di UK nun...tq noreen.

Bahan-bahan (loyang size 16cm):
Bahan2 A:

  • 1 camb milo
  • 20ml air panas
  • 2 biji kuning telur
  • 20gm gula kastor
  • 20ml olive oil
  • 40gm tepung naik sendiri (self raising flour) - diayak

Bahan2 B:
  • 2 biji putih telur
  • 1/4 camt cream of tartar
  • 50gm gula kastor




cara:
  1. Bahan2 A: satukan milo dan air panas ke dalam cawan dan kacau sehingga milo betul2 larut. ketepikan dan biarkan sejuk pada suhu bilik
  2. masukkan kuning telur dan gula kastor ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga gula betul2 larut
  3. kemudian masukkan milo dan minyak, kacaukan sehingga sebati
  4. masukkan tepung ke dalam adunan dan kaupbalikkan sehingga rata. ketepikan
  5. Bahan2 B: di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur dengan cream of tartar sehingga sebati dan berbuih
  6. setelah itu masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali dan pukul sehingga menjadi krim
  7. kaupbalikkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan Bahan2 A sebanyak 3 kali sehingga sebati
  8. tuangkan ke dalam acuan chiffon cake yang bersaiz 16cm dan bakar pada suhu 170C selama 25-30min atau sehingga masak
  9. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min. tujuannya supaya kek tidak akan mendap setelah dikeluarkan dari oven
  10. kemudian keluarkan kek dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga




PANDAN CHIFFON CAKE (Yen)


Resepi dr FP Mamafami...terima kasih mama...Buat separuh adunan je sbb takut tak jadi..Alhamdulillah jadi....


Ingredients
:

(A)

  • 5 egg yolks (size A)
  • 60g oil
  • 70g thick coconut milk (I used the ones in the box)
  • 80g cake flour
  • 1/2 tablespoon pandan leaves juice *
  • 1/4 teaspoon pandan paste *
  • (* Note : I used pandan essence and green food coloring)

(B)

  • 5 egg whites
  • 110g fine granulated sugar
  • 1/2 teaspoon cream of tartar

Method :

1. Cream (A) until well mixed.
2. Beat (B) until stiff.
3. Fold (A) into (B) very slowly, making sure the mixture doesn't collapse.
4. Bake in a 25cm chiffon pan (ungreased!) at 175 C for 45 to 50 minutes.
5. Invert the pan and allow to cool completely before removing with a spatula, turning fast in one direction only.








Thursday, June 18, 2009

Moist Chocolate Cake

Ni projek semalam...moist n sedap. Resepi ceduk dr dapur UMMI. Resepi asal dr k.izan@MyResipi.
Terima kasih utk kalian berdua....



Bahan:-
(loyang 21 x 21 x 3 cm)

* 2 cawan tepung gandum } diayak
* 2 sk baking powder } bersama
* 2 cawan gula halus
* 4 biji telor gred A
* 250 gm butter
* 2 sk esen vanila

Bancuhan koko (Pes Coklat):-

* 1 cawan serbuk koko
* 1/2 cawan gula halus
* 1 cawan air panas
* 1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk)

Cara Membuat:-

1. Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
2. Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
3. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
4. Masukkan esen vanila dan gaul rata.
5. Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
6. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. (resepi asal hendaklah dibakar dengan api atas bawah, tapi akak bakar macam kek biasa, api bawah sahaja, ok je)

Thursday, June 11, 2009

Slice cheese cake

Atas permintaan my hubby, hari tu buat perisa pandan, hari ni plain je. Sedap dan budget...Resepi dr onigiri@myresipi.com, terima kasih ros berkongsi resepi....akak copy paste je...

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.