Sunday, November 30, 2008

Daging Goreng Sos Cendawan

Resepi ni ambil idea dr satu majalah tu...Suka masak lauk2 mcm ni kalau semua dah lapar sangat....cepat dan tak payah nak masak sayur lagi dah....Famili pun suka lauk2 mcm ni....

Bahan:
  • 650 gm daging potong kecil - elok kalau daging steak.
  • 1/3 cup sos cendawan - campurlah dgn kicap kalau suka...
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 3 tsp parutan halia segar
  • 2 tbsp minyak masak
  • seikat sawi - potong
  • 1 batang karot - potong halus mcm btg mancis
  • daun bawang
  • minyak bijan
Cara-cara:
  1. Perapkan daging dgn sos, bwg putih dan halia sekurang2nya 15 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng daging. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yg sama masukkan karot...biarkan sekejap...kemudian masukkan sawi dan daging serta sedikit air. Kalau ada stok ayam blh letak stok ayam. Masak hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan daun bawang dan minyak bijan....
  5. Hidang dgn nasi panas.....Kalaunak pedas bolehlah letak hirisan cili....

5 comments:

kakchik said...

petang semalam lauk berbuka kami lebih kurang dengan lauk suzi ni cuma guna ayam dan tak guna sos cendawan.
ringkas, cepat tetapi sedap...

azreen said...

resepi yang senang dan sedap kan....makan pulak ngan nasi panas2...adoh ai...nikmat ek...

Rafizah Nordin said...

resipi yg lengkap.ade lauk, ade sayo...mmg syiok klu makan ngan nasi panas...

Tie said...

Hmmm......sedap....sedap...mintak sikit!!

Bab emo kat bawah tu macam serupa perangainya dengan kak tie...he he..

^aNgRiAni^ said...

adeiiii mmg setappp laaa kak

riani ni dah hampir 2 minggu tak masak

amatlah bizi :((