Friday, November 27, 2009

Salam Aidil Adha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Salam Aidil Adha buat semua dr kami sekeluarga,
semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah SWT.



Monday, November 23, 2009

Puding Kastad Berlapis, Kek Gula Hangus

Puding Kastad Berlapis


Resepi dr favourite-recipes.blogspot.com, terima kasih Tirana berkongsi resepi....sy minta izin copy-paste . Sedap!!! Saya guna 2 warna je...


Bahan-bahan
  • 25gm agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 100gm mentega
  • 4 biji telur - ambil merahnya sahaja
  • 1 tin (400gm) susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan sedikit air
  • pewarna merah, hijau dan koko

Cara memasak
  1. Basuh agar-agar dan masak dengan 4 cawan air hingga hancur.
  2. Bila agar-agar telah hancur, masukkan gula.
  3. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan susu cair dan campuran tepung kastad. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang telah mendidih. Kacau rata.
  6. Bahagikan adunan agar-agar kepada 4 bahagian - 3 bahagian dibubuh warna yang berlainan iaitu merah, hijau dan koko sementara 1 bahagian lagi dibiar dengan warna asal.
  7. Sediakan loyang, masukkan separuh adunan yang berwarna asal. Tunggu sehingga lapisan itu beku, baru masukkan bahagian yang berwarna hijau. Ulang proses dengan bahagian yang berwarna merah dan koko. Lapisan atas sekali, letakkan bahagian warna asal yang berlebihan tadi.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk kemudian bolehlah keluarkan dari acuan.





Kek Gula Hangus


resepi ceduk dr dapur
UMMI..resepi asal dr nita. Terima kasih berkngsi resepi....pun sedap!!!

Bahan:-

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telor
  • 2 camca besar mentega

Cara Membuat:-

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
  2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 - 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*ummi bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj






Wednesday, November 18, 2009

Lemon Chicken dan Nasi Goreng Nenas

Dah nak bersawang lagi blog ni...ayo yo...apa nak jadi ni... Terima kasih buat kawan2 yg masih sudi berkunjung ke sini...maaf sebab sy pun tak dapat ziarah blog kawan2 cam dulu...Lepas ni lagilah bz kot sbb dah nak start packing.InsyaAllah 10/12 ni nak shipping brg2 tu. Tak lama dah tu...dahlah cuaca sekarang ni panas...malas betul..

Ni antara resepi yg dicuba...tak ingat bila. Melawan kemalasan hihihi...



Lemon Chicken-Chinese Style


Resepi dr dapur Hana...tq Hana!!

Bahan-bahan
  • 10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1")
  • Bahan Marinade:
  • 3 sudu besar kicap cair- hana guna syouyu
  • 1 sudu kecil garam
  • Bahan Batter:
  • 1 biji telur (saiz besar)
  • 1/4 cup tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Bahan Sos:
  • 1/3 cup gula- ltk 2 sudu campur madu sket
  • 1 cup stok ayam (pakai kiub Knorr je)- x ltk
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja)- hana buh sebijik!
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak- hana gune butter
  • Pewarna kuning (optional)
Cara-cara
  1. Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la.
  2. Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
  3. Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang
  4. Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh) *kalau tak cukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon
  5. Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.( tak gaul pun sbb takut anak tak suka...)




Nasi Goreng Nenas



Resepi asal dr Ros/Onigiri@myresipi, tapi sy kutip dr dapur Kak Jun. TQ!!



Bahan2:
  • 3 cawan nasi putih ( lagi sedap guna beras jasmine)
  • 5 ekor udang basah ( udang harimau)-dibuang kulit dan hiris kasar.
  • 1 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar mix vegetable
  • 1/4 biji nenas ( dipotong dadu)
  • 1/4 biji bawang besar ( dicincang halus)
  • 1 biji bawang putih ( dicincang halus)
  • sedikit lada sulah
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • sedikit bawang goreng untuk hiasan
  • 2-3 biji cili padi ( dicincang halus)
  • 1 sudu kecil minyak bijan ( klu tak nak guna pun takpe)

Cara-cara

  1. Mula-mula panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi, setelah naik bau masukkan mix vegetable dan udang. kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan udang kering dan telur, selepas itu masukkan nenas, lada sulah, garam dan nasi, kacau sebati, akhir sekali masukkan minyak bijan. Angkat dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Ok dah siap, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba




Saturday, November 14, 2009

Ayam Goreng Crispy dan Jemput-jemput Nasi

Salam....semoga semuanya sihat2 belaka. Adelaide masih panas...hari ni masih 39C dan esok dijangka 40C...panas tu...huhuhu...hubby dah plan nak pergi beach lg. Apa nak buat walau tak berapa suka terpaksalah ikut juga...kalau buat undian pun sah2 sy kalah sbb anak2 pun semuanya suka pergi beach....Saya lebih suka pergi waterfall, tapi mana nak cari kat Adelaide ni...
Satu lagi nak cakap, sy confirm balik 7 Jan tahun depan...yeah!!! tiket dah dapat dah. Minggu ni start packing barang sikit2. Pada keluarga dan kawan2 kat Malaysia...tunggu kami balik. Doakan semua berjalan lancar ye...


Okay, cerita pasal resepi pulaklah...ayam goreng crispy ni dah tak ingat menu hari apa...buat utk lunch box anak2 dan hubby.


Ayam Goreng Crispy


Resepi dr choppy@myresipi.com...sedap! minta izin copy-paste ye. TQ, sudi berkongsi resepi. sy ada ubah suai sikit, serbuk cili tu sy ganti dengan serbuk kari...takut peadas sgt nanti, anak2 tak blh makan.

Bahan-bahan

  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.


Jemput-jemput Nasi

Jemput-jemput nasi ni pulak menu sarapan pagi tadi...resepi dr Ros-Tokyo, kreatif Ros ni cipta resepi2 baru. Terima kasih Ros, berkongsi resepi ni. Sedap...anak2 pun suka. kalau suka boleh je tambah ikan bilis dan bawang atau apa2 saje ikut selera masing2. Sy tambah letak serbuk pati ayam.

Bahan-bahanya:

  • 1 cawan nasi putih
  • 1 biji kentang
  • 2 cawan tepung gandum
  • sedikit air
  • garam
  • serbuk pati ayam(ni sy tambah)

Cara-caranya:
1. Nasi diblender dengan air, pastikan paras air dan nasi tenggelam, blender hancur, kemudian kentang di potong dadu kecil.

2. Curah dalam bekas adunan,dan campurkan tepung dan kentang, masukkan sedikit garam, gaul sebati, jika terlalu pekat, masukkan sedikit air, jika adunan dah boleh dijemput, air tidak diperlukan, kira nye masa ni agak-agak je kecairan batter ni, macam adunan kita buat jemput-jemput pisang.

3. Akhir sekali sudukan adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas dan angkat bila dah perang, Sedap dimakan panas-panas bersama sos cili.


Thursday, November 12, 2009

Puding....puding...

Salam semua....dah hampir seminggu Adelaide alami kepanasan...semalam sampai 39C...huhuhu...panassssnya rasa tak lalu nak keluar rumah...dan Sumaiyyah pun dah beberapa hari tak pergi kindy sbb ibu dia tak sanggup meredah kepanasan tengahari nak hantar dia..keisan dia tapi lg kesian tengok dia menangis tahan panas kat luar tu...Iman dan Ismail ke sekolah seperti biasa sebab my hubby blh hantar pepagi tu...lg pun masa tu cuaca masih ok. Balik pulak ada kawan yg tolong ambil...alhamdulillah, terima kasih ye Liza. Panas ni dijangka berpanjangan sampai awal minggu depan...ni belum summer lg ni...masyaAllah panas dunia mcm ni dah terasa perit mcm mana kat akhirat nanti....

Bila dah panas tu sedpalah makan jelly, atau puding..aikrim ke...kan??



Puding buah peach ni buat hari selasa hari tu...resepi asalnya Puding Susu Buah-buahan dr Kak Jun@Myresipi. Sy letak buah peach je sbb tu yg je yg ada....susu cair pulak sy tukar dgn susu segar dan serbuk agar yg sy ada pun hanya 7 gm(sepeket) terpaksalah buat ubah suai sikit...nasib baik menjadi....Terima kasih Kak Jun berkongsi resepi. Nanti boleh buat lagi...sebab sedap dan anak suka. Kat bawah ni resepi asal dr Kak Jun.

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail

Cara-cara

  1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
  2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
  4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

sampai je kat rumah dlm pukul 3.15 PMterus jamu anak2 dgn puding ni...sbb tahu diaorg tengah kepanasan...sekejap je licin, nasib baik ada simpan utk my hubby sikit....



Ni pulak buat semalam...habiskan agar kering yg ada...resepi main agak2 je...


letak cincau...mcm sirap bandung bercincau...nyaman tekak......

Monday, November 9, 2009

Strawberry picking dan muffin strawberry

Sabtu(7/11) hari tu kami pergi strawberry picking kat Beerenberg Farm,Hahndorf. Taklah jauh sangat pun dr Adelaide. Nama beerenberg kawan2 biasa dengar kot..byk keluarkan produk2 jem.


kena bayar dulu sebelum masuk....


petik abg...jgn tak petik....


cuaca agak panas...merah padam muka Isa. Tengok batas2 strawberry tu tersusun kemas je....


dah penat petik...rehat kat bawah pokok..


inilah hasil kami...dekat 3kg. Satu famili memang suka strawberry...


nak pergi bayar dah...

beratur nak bayar...sempat sambar satu fridge magnet utk kenangan....


antara produk beerenberg...


rehat lg kat podok tepi kedai...sambil mkn2 bekal. dan stawberry.




Hari Ahadnya sy guna stawbeery tu utk buat muffin. Ikut resepi Strawberry Choc. Chips Muffin yani@myresipi. tapi sy tak letak choc. chips sbb takde..nak beli pun hari Ahad kedai pukul 11 baru buka...

sedap!! Kak Ain dan Kak Nor pun dah buat ni...terima kasih berkongsi resepi....


yummy! bawa bekal pergi beach.... begitulah kami bila cuaca panas je hampir tiap2 minngu pergi beach...nak tengok gambar blh klik SINI.

Friday, November 6, 2009

Mandi manda kat beach

Minggu lepas cuaca agak panas kat Adelalide ni >30C...so, anak2 dah mula ajak pergi beach. Hari Sabtu tu kami pun bawa anak2 pergi mandi-manda kat Semaphore beach. Anak2 dan hubby memang suka pergi beach, sy ni tak berapa suka...lagi2 kat sini...sbb sy tak blh nak join mandi pun hihihi...tapi demi anak2 ikut jelah. Asal diaorg seronok.

sampai2 je, semua tak sabar nak mandi ...Iman dan Ismail terus masuk air...tapi, my hubby masih fikir2 lg...hihihi...

my hubby kena 'panaskan enjin' Isa yg mcm takut2 je kat air laut tu...

dah seronok dah....


sexy boy!


last2 hubby jadi pemerhati je...sejuuuuk...


hubby campak muffin bg seagull tu...berebut burung2 tu...


sbb bg mkn, makin ramai seagull yg datang....


dua insan bercinta...moga jodoh kami kekal bahagia...



Tuesday, November 3, 2009

Asslamualaikum....

Assalamulaikum semua, lamanya tak mengupdate blog. Apa sbb pun tak pasti. Nak kata sibuk berkemas...belum mula pun lagi...mungkin sbb takde mencuba resepi2 baru kot. Mood pun kurang...asyik fikir pasal nak balik je...hihihi...Terima kasih kepada kawan2 yg sudi bertandang ke blog ni walaupun nak bersawang...(.hari ni azam nak bersihkan sawang2 ni ). Kepada yg betanya khabar, alhamdulillah sy dan famili sihat2 aje. Cuma sakit kaki hubby tu masih blm sembuh sepenuhnya...sambung rawatan kat Malaysialah pulak gamaknya. Tapi oklah dr dulu ...dah boleh bejln ke hulu ke hilir...
InsyaAllah kalau takde aral kami balik 7 Jan nanti, Harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Banyak juga cerita nak kongsi dengan kawan2 tapi takde cerita pasal resepi. Masak memang masak tapi takde resepi baru....



22 Oktober hari tu anniversary perkahwinan kami ke 10. Alhamdulillah, moga kami kekal bahagia. Tiada candlelight dinner, takde hadiah mahal2 cuma kami buat makan2 sikit pada 25/10 hari tu. Menu utama mee/bihun sup tulang...dan sikit kuih-muih. Kawan2 yg dtg pun byk bawa buah tangan. terima kasih.