Showing posts with label anak2. Show all posts
Showing posts with label anak2. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Sumaiyyah Ibrisam


Buat anakanda tersayang, selamat hari lahir ke 6. Semoga membesar jadi anak yg solehah....menjadi sehebat Sumaiyyah bt Khayyat....Berjaya dunia dan akhirat.



day 1 @ Hospital Pantai Putri Ipoh. Kepala mcm 'bersanggul' sbb kena vacum...:)


kek puding karamel untuk birthday kali ni...



Tuesday, March 22, 2011

ISA dah 4 tahun

Selamat Hari Lahir



Alhamdulillah hari my little prince dah 4 tahun. Ibu dan bapak doakan semoga Isa membesar jadi anak yg soleh. Berjaya dunia dan akhirat. Ibu dan bapak serta abg dan kakak semua sayang Isa.


Isa ketika usia 1 hari. Lahir 22/3/2007, 5.35 am di Women Children Hospital, Adelaide. Berat 3.5 kg. Paling berat dan besar dalam adik beradik. Hinggakan baju-baju yg ibu beli tak muat untuk dipakai hehehe...Ibu beli baju berpandukan saiz abang dan kakak sebelum ni (purata bera tak sampai 3 kg). Tak sangka Isa sebesar itu. Allhamdulillah, walaupun lahir paling besar tapi juga paling senang. Sekejap je sakit. Lebih kurang 3 pagi masuk hospital, pukul 5.35 dah bersalin.


Abang Iman, Ismail dan kakak Sumaiyyah pertama kali jumpa Isa. Masa ni kakak Sumaiyyah macam tak berapa faham lagi. Maklumlah belum pun 2 tahun umur dia....


Apam dot dot(gambar lama), untuk Isa bawa ke PASTI hari ni....makan dengan kawan. Tapi birthday boy teramatlah malas nak ke sekolah hari ni. Puas dipujuk baru pergi. Tu pun menangis ketika ibu nak balik....mmmm.

Ibu sebut huruf...Isa tulis....ini hasilnya...:))

Monday, November 8, 2010

Nasi Goreng Marjerin

Assalamualaikum. Lunch apa hari ni?...sy masak simple je hari ni...nasi goreng marjerin dan lamb bakar.

Masa tengah makan tadi hubby cakap, bila makan macam ni teringat kat Adelaide. Huhuhu...kat Adelaide dulu selalu makan mcm ni..terutama lamb bakar. Maklumlah lamb murah. Nak masak pun senang.

Resepi nasi goreng marjerin ni dpt idea dr dapur Cik Mat Gebu. Terima kasih bebanyak. Boleh KLIK SINI kalau nak tengok resepinya. Lamb tu beli yg dah marinate hehehe. Pedas! Untuk anak-anak sy marinate sendiri....simple2 je, minyak zaitun, sos lada hitam , garam....


Diam-tak diam dah dekat setahun kami kembali ke tanahair tercinta ni. Tapi sebenarnya jauh disudut hati, kami rindukan kehidupan kami di Adelaide.

hari terakhir di Adelaide. Kat airport...alhamdulillah barang-barang tidak melebihi had berat.


Melayan anak-anak makan masa dalam flight. Kami duduk sebaris kat tengah. Iman je terpisah....tapi masih dalam barisan yg sama. Jenuh juga melayan Isa masa ni...jap nak duk dekat ibu...jap nak duk dekat bapak. Abang-abang dan kakak dia khusyuk je dapat tengok video.


Minah saleh sebelah tu yg banyak tolong Iman...terima kasih banyak-banyak.

Friday, October 29, 2010

Gigi Susu Pertama Tanggal

Sudah agak lama gigi Ismail bergoyang...selalu ajak pergi dentist tapi hubby cakap kat dia, goyang-goyangkan selalu nanti boleh tanggal sendiri. Malam tadi kemuncaknya...dia mengadu sakit gigi tu...kami pun cakap kat dia jangan goyang-goyangkan lagi takut makin sakit, esok pergi dentist. Bila dia bangun pagi tadi...(biasalah dengan mood malasnya)datang kat saya konon nak ngadu sakit gigi, bila buka mulut rupanya giginya dah takde. Huhuhu dah tertanggal masa tidur malam tadilah ni. Saya suruh dia pergi cari kat atas katil tapi takde. Tak tahu ke mana hilangnya. Tapi Ismail ada jawapan dia...katanya, tooth fairy dah ambil gigi dia malam tadi...huhuhu...kuat juga kesan cerita dogeng tu ye. Saya cakaplah kat dia, tu kan cerita je...Lepas dia ajak pergi dentist sebab nak suruh letak gigi baru hehehe...Anakku, nanti Allah SWT tumbuhkan gigi baru...


Dah ronggak...
Umur Ismail sudah 7 tahun lebih, memang dah masanya pun untuk gigi susu mula tanggal.


Dua tiga hari ni takde update resepi kat blog...dapur pun sebenarnya tak berasap hehehe. Rabu tu saya temankan hubby check kaki dia dah Ipoh Specialist...seharian kat sana. Khamis pula, hubby masih mc so ambil peluang pergi belajar kereta, balik tu sakit bahu...beli lagi mmmm. Hari ni pula, ada orang hantar sarapan dan lunch...murah sungguh rezeki. Alhamdulillah.

Wednesday, October 20, 2010

Pisang Tanduk Goreng Rangup

Alhamdulillah rezeki kami hari ni, ada kawan bg pisang tanduk. Terima kasih banyak-banyak. Apa lagi, digoreng untuk minum petang , petang tadi.Sedapnya. Selalu saya agak2 je sukatan bahan yg digunakan...hari ni sy ikut resepi Kak Liza ni, sy ambik kat SINI:



Bahan Batter
  • 2 cawan tepung beras cap Gajah
  • 1 biji telur
  • 1 s/k air kapur
  • 1 s/k kunyit serbuk
  • garam
  • air secukup pekat

Cara - cara
  1. Bancuhkan bahan Batter sehingga rata dan biarkan sekejap. Jgn cair sangat.
  2. Panaskan minyak yg banyak.
  3. Masukkan pisang yg dibelah 2 dalam bahan batter dan jemputkan kedalam kuali.
  4. Bila telah kuning keemasan angkat dan toskan dalam tapisan sayur



############################################




Sambil-sambil jamu mata tengok pisang tanduk layanlah celotah saya ni ye...

Baca ayat ni:

  1. Who's tenggok ni? Kata Ismail sambil tutup hidung dia.
  2. Ismail kira, 1, 2, 3, 4 ,5......7,8,9....selupur.
  3. Isa, dah basuh tangan ke belum? Bulum, jawab Isa.
  4. Berkata Iman kepada kawan-kawannya, bapak saya cakap semua hari boleh main game pukul six o' clock je...
Faham tak? Itulah antara ayat-ayat yang kelakar dr anak-anak saya. Dah hampir setahun balik pun masih tak berapa tahu cakap melayu dengan betul. Ayat rojak tu biasalah...kalau nak bercerita jenuh menunggu diaorg susun ayat. Kadang kalau nak cepat kena suruh diaorg cakap English je. Dalam report card pun cikgu komplen tentang pengggunaan bahasa melayu yang tak betul hehehe. Tapi dah ada peningkatan. Alhamdulilah.


penghibur hati...


note:
tenggok=kentot
selupur=sepuluh
bulum=belum
semua=setiap

dan banyak lagi sebenarnya. Perkataan tenggok tu sebenarnya dr Adelaide lg. Jenuh kami betulkan tapi sampai sekarang masih diaorg gunakan...



Sunday, October 17, 2010

Iman dah 10 tahun.

Hari ni genaplah usia Iman 10 tahun. Dah besar dah anak bujang kami ni. Walaupun tak sematang seperti kawan2 seusianya tapi ibu dan bapak tetap bangga sebab Iman anak yg taat. Walau dalam apa jua keadaan tetap ingat pesanan ibu dan bapak. Dan dah boleh jaga adik pun. Moga Iman membesar jadi anak soleh. Taat perintah Allah SWT. Berjaya dunia dan akhirat. Kami semua sayang Iman. Amin.



Iman posing hensem masa kat Mc Donald tadi...Bila tanya nak makan kat mana? Mc Donald jawabnya, so kami pun lunch kat Mc Donald...kira meraikan b'day dialah tu. Iman ni amat sensitif orangnya, tapi kalau dia buat silap dia selalu akan minta maaf sambil nangis2 dan peluk ibu dan bapak...sayu je...


Hadiah untuk b'day boy...beli kat convo fair tadi...pilihan dia sendiri...


Iman dan adik2 dia kat tapak convo fair tadi....

Thursday, July 22, 2010

Baby Biru Contest


Salam...jalan2 kat blog kawan2, tengok byk contest yg diadakan. Antaranya adalah contest 'BABY BIRU CONTEST' ...check punya....jumpalah gambar yg memenuhi syarat, umur Isa pun masih memenuhi syarat...jadi terpanggilah nak join contest ni.



BABY BIRU CONTEST




Anjuran :Mrs. Hilmy @ http://mrshilmy.blogspot.com/2010/07/baby-biru-contest.html

Tarikh:
Bermula 8hb Julai 2010 dan berakhir pada 8hb Ogos 2010 (11.59pm)


Gambar dr saya:


Nama : Isa bin Ibrisam
Umur : 3 tahun 4 bulan (D.O.B : 22/3/2007)


Kepada sesiapa yg nak join juga, jangan segan2 jenguk ke blog Mrs. Hilmy
Syarat2nya takdelah susah ...jomlah!!!



Wednesday, February 24, 2010

Kucing.

Saya ni bukan yg jenis suka pelihara kucing, sebabnya saya ni jeni malas nak uruskan kucing tu...nak jaga makan, buang air dan lain2 lg. tapi anak- anak saya memang suka kucing...mana-mana binatang pun diaorg suka. Rasanya kebanyakkan kanak-kanak macam tu, kan? Sejakduduk sini, adalah beberapa ekor kucing yg selalu datang...anak-anak saya suka melayan...ada yang bertuan, ada yang tidak. Akhirnya sekarang, ada yang seekor tu memang rapat sangat dengan anak-anak saya. Selalau datang tak kira siang dan malam. Malam tadi, masa hubby nak keluar solat subuh kat masjid terkejut dia tengok kucing tu tengah syok tidur dalam rumah. My hubby pun sama dengan saya tak minat kucing. Ikan saya pun pernah kena kebas hehehe... Jom layan gambar anak-anak saya melayan kucing tu, gambar ni ambil masa awal-awal pindah dulu.

mula-mula tu diaorg macam takut je tapi bila kucing tu jinak je...terus seronok diaorg.


macam-macam mainan dicampaknya


Isa, tak kan duit pun nak bagi kucing main kot...


macam tak pernah jumpa kucing...sekarang kucing tu pun dah jarang balik rumah sendiri(jiran depan rumah)


Thursday, February 18, 2010

Sedikit cerita....

Salam semua, lamanya dan update blog ni...blog kawan2 pun dah lama tak ziarah. Rindu memang rindu api macam tak ada kesempatan je nak buat tu semua...sibuk memanjang. Tak tahulah apa yg sibuk. Mungkin juga belum dapat adjustkan diri dengan rutin2 seharian sekarang. Tapi rutin tak banyak berubah pun....mmmm.

Anak-anak masih lg terbawa2 budaya sekolah dr Adelaide...dia org selalu cakap tak seronok bersekolah kat sini. Alasannya sbb takde masa pun utk bermain lepas makan masa rehat hahahaha...dah tu pagi2 dah kena bangun pergi sekolah. Mujahadah betul nak kejutkan dan siapkan diaorg ke sekolah pagi2...Bag pun berat. Ismail selalu seret je bag dia...Tapi alhamdulillah diaorg dah makin faham cakap melayu dah dah boleh sikit cakap melayu tapi nada macam upin dan ipin cakap. Ayat pun macam ayat dalam buku. Kelakar pun ada. Selalu je tersalah guna perkataan dan salah sebut. Nak ckp 'padan muka' jadi 'panas muka'. Pernah smail ckp, 'saya lembu'....agak2nya kawan2 dia kenakan dia kot hihihi...Takpelah perlahan-lahan. Antara adik beradik diaorg masih ckp English. Bagus juga takut nanti hilang pulak...sayang.

Mungkin ada yg masih ingat dulu sy ada cerita yg mak sy sakit, alhamdulillah Allah bg sy peluang khidmat utk ibu sy. Sekarang mak dan adik yg bongsu ada kat rumah sy ni. Keadaan mak makin elok walau tak baik sepenuhnya. Dah boleh berjalan dan uruskan diri sendiri, alhamdulillah.

Paling best bila dah balik malaysia ni ialah bab makan...hihihi...tapi terkejut juga dengan kenaikan harga2 barang. Terasa sangat....

Banyak cerita tapi tak tahu mcm mana nak cerita. Ada juga try resepi2 baru. Nantilah sy update.

Layan gambar masa kami kat masjid UTP bagi ikan makan...beriadah kat UTP dah jadi aktiviti mingguan kami. UTP dah makin cantik sekarang....


ikan-ikan yg besar...kecil pun ada juga...


jangan masuk mulut ye Isa....


dengan RM 1 dapat seplastik makan ikan...kekenyangan ikan2 tu semua...apa taknya kami je dah 4 plastik....


Ismail dan adik sy yg kat UUM...balik cuti raya cina...

masjid UTP masa lepas maghrib...


Wednesday, April 22, 2009

Kisah Sumaiyyah

Inilah kek utk Sumaiyyah semalam...Marble cho. cheese cake. Resepi dr FP Kak Rinn. Sedap ....nak resepi KLIK SINI. Terima kasih Kak Rinn.


Lepas Magrhrib baru potong kek coz tunggu my hubby balik dr Uni....maklumlah dia sekarang amat sibuk. Pukul 5.44 pm dah Maghrib.
Dah anak bapak....potong kek pun dgn bapaklah...


********************************************************



Sekadar berkongsi kisah Sumayyah binti Khayyat...wanita pertama yg syahid dalam Islam. Moga kita dapat ikhtibar drnya.
Nama anak saya, Sumaiyyah pun diambil sempena nama beliau...moga jiwa Sumaiyyah sekental jiwa Sumayyah binti Khayyat dalam mempertahankan Islam...



Dialah Sumayyah binti Khayyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughiroh. Beliau dinikahi oleh Yasir, seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekkah sehingga tidak ada kabilah yang dapat membela, menolak dan mencegah kezaliman atas dirinya, karena dia hidup sebatang kara. Posisinya menjadi sulit dibawah naungan aturan yang berlaku pada masa Jahiliyah.
Begitulah Yasir mendapatkan dirinya menyerahkan perlindungannya kepada Bani Makhzum. Beliau hidup dalam kekuasaan Abu Huzaifah. Dia akhirnya dinikahkan dengan budak wanita bernama Sumayyah, tokoh yang kita bicarakan ini. Beliau hidup bersamanya dalam suasana yang tenteram. Tidak berselang lama dari pernikahan tersebut, merekapun dikaruniai dua orang anak, yaitu ‘Ammar dan Ubaidullah
Tatkala ‘Ammar hampir menjelang dewasa dan sempurna sebagai seorang laki-laki beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam kepada beliau. Maka berfikirlah ‘Ammar bin Yasir sebagaimana yang difikirkan oleh penduduk Mekkah, sehingga kesungguhan beliau di dalam berfikir dan lurusnya fitrah beliau, menggiringnya untuk memeluk Dienul Islam.
‘Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dalam keadaan merasakan lezatnya iman yang telah terpatri dalam jiwanya.
Beliau menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam, kemudian menawarkan kepada keduanya untuk mengikuti dakwah yang baru tersebut. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh berkah tersebut dan bahkan mengumumkan keislamannya sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.
Dari sinilah dimulai sejarah yang agung bagi Sumayyah yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam dan sejak fajar terbit untuk pertama kalinya.
Bani Makhzum mengetahui akan hal itu, karena ‘Ammar dan keluarganya tidak memungkiri bahwa mereka telah masuk Islam bahkan mengumumkan keislamannya dengan kuat sehingga orang-orang kafir menyikapinya dengan menentang dan memusuhi mereka.
Bani Makhzum segera menangkap keluarga Yasir dan menyiksa mereka dengan bermacam-macam siksaan agar mereka keluar dari dien mereka. Mereka memaksa dengan cara menyeret mereka ke padang pasir tatkala cuaca sangat panas dan menyengat. Mereka membuang Sumayyah ke sebuah tempat dan menaburinya dengan pasir yang sangat panas, kemudian meletakkan diatas dadanya sebongkah batu yang berat, akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan melainkan ucapan Ahad….Ahad…., beliau ulang-ulang kata tersebut sebagaimana yang diucapkan juga oleh Yasir, ‘Ammar dan Bilal.
Suatu ketika Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam menyaksikan keluarga muslim tersebut yang tengah tersiksa secara kejam, maka beliau menengadahkan tangannya ke langit dan berseru : "Bersabarlah keluarga Yasir karena sesungguhnya tempat kembali kalian adalah surga"
Sumayyah mendengar seruan Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bertambah tegar dan optimis dengan kewibawaan imannya. Dia mengulang-ulang dengan berani: "Aku bersaksi bahwa engkau adalah Rasulullah dan aku bersaksi bahwa janjimu adalah benar".
Sehingga bagi beliau kematian adalah sesuatu yang sepele dalam rangka memperjuangkan aqidahnya. Di hatinya telah dipenuhi kebesaran Allah ‘Azza wa Jalla, maka dia menganggap kecil setiap siksaan yang dilakukan oleh para Thaghut yang zhalim, yang mana mereka tidak kuasa menggeser keimanan dan keyakinannya sekalipun hanya satu langkah semut.
Sementara Yasir telah mengambil keputusan sebagaimana yang dia lihat dan dia dengar dari istrinya. Sumayyah pun telah mematrikan dalam dirinya untuk bersama-sama dengan suaminya meraih kesuksesan yang telah dijanjikan oleh Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam.
Tatkala para Thaghut telah berputus asa mendengar ucapan yang senantiasa diulang-ulang oleh Sumayyah maka musuh Allah, Abu jahal melampiaskan keberangannya kepada Sumayyah dengan menusukkannya sangkur yang berada dalam genggamannya ke tubuhnya. Maka terbanglah nyawa beliau dari raganya yang beriman dan bersih. Dan beliau adalah wanita pertama yang syahid dalam Islam. Beliau gugur setelah memberikan contoh yang baik dan mulia bagi kita dalam hal keberanian dan keimanan, yang mana beliau telah mengerahkan segala apa yang beliau miliki, dan menganggap remeh kematian dalam rangka memperjuangkan imannya. Beliau telah mengorbankan nyawanya yang mahal dalam rangka meraih keridhaan Rabb-nya. "Dan mendermakan jiwa adalah puncak tertinggi dari kedermawanan".
(Diambil dari buku Mengenal Shahabiah Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam dengan sedikit perubahan, penerbit Pustaka AT-TIBYA

ambil dr:http://nafizazwan.blogspot.com





Sumaiyah by Hijjaz

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah