Monday, November 17, 2008

Pau goreng inti kacang merah

Pau goreng inti kacang merah...
Resepi Kak Ton @my resipi tapi saya ambil dr dapur sweetllilly...resepi blh utk kukus atau goreng. Dulu kat M'sia suka kuih ni....



Bahan-bahan:
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran- pakai marjerin je
  • 2g (1 sudu teh) bread softener- tak letak
  • 1/2 cawan air suam

Cara membuatnya:
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian atau ikut saiz yg dikehendaki.
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Rehatkan pau selama 45 minit
  10. Goreng hingga keemasan....

Inti Kacang Merah


Sumber:
Masakanku
Terima kasih....saya copy paste je...


Bahan-bahan:

  • 450g (1Ib) kacang merah
  • 3-4 helai daun pandan
  • 10 cawan air
  • 1 1/2 cawan minyak
  • 600g gula ( 1 1/2Ib) gula
  • 1 camca teh esen vanila

Cara-cara:

  1. Bersihkan kacang merah dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tekanan bersama air.
  2. Masak selama 40 minit sehingga kacang empuk.
  3. Angkat kacang dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat. Jika terlalu kering dan payah hendak dikisar, campurkan sedikit air panas.
  4. Panaskan minyak di kuali. Tuangkan kacang dan masukkan gula. Masak dengan dikacau selalu sehingga pes kacang hampir kering.
  5. Masukkan esen vanila. Keluarkan ke dalam mangkuk dan sejukkan.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk dan bila sejuk buatkan guli2 kecil dengan digolek secamca teh inti kacang di atas tapak tangan.

Tambahan:

-saya tak rebus kacang merah ni di dalam periuk tekanan, sebaliknya menggunakan periuk biasa sahaja. Memang lambat empuk. Jadinya setiap kali air rebusan hampir kering, saya tambah air hinggalah ia jadi empuk (lembut bila dipicit).
- untuk pertama kali mencuba, sebaiknya anda buat separuh drp sukatan asal, takut2 tak jadi bila membuatnya.


3 comments:

azreen said...

kalau ade bread maker mesti sennag je nak uli kan...hehehe

Suzi said...

apa lgi...belilah hihihi...

aZuMaya said...

salam..mmg teringgin nak buat pau...good info tqvm for sharring...yummy