Tuesday, November 4, 2008

Corn Flakes Cookies....dan kisah jiran...

Resepi drp kotak keloogg's corn flakes.


Bahan-bahan:
  • 2 cup tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 250 gm marjerin
  • 1 cup gula
  • 2 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 1/2 cup corn flakes


Cara-cara:
  1. Preheat oven pada suhu 180 C,
  2. Pukul marjerin dgn gula hingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan telur dan esen dan pukul lagi.
  4. Masukkan tepung dan baking powder yg diayak bersama terlebih dahulu dan corn flakes.
  5. Ceduk doh dgn sudu besar dan letak atas tray yg dialas baking paper.
  6. Bakar selama 10 minit atau hingga keemasan.



Kisahnya....

Pada hari saya buat cookies ni, ada jiran datang. Dah lama kenal tapi hanya bertegur sapa bila jumpa di jalanan. Pernah sekali dia dtg rumah pada raya tahun lepas..so taklah rapat. Lagi pun berlainan bangsa (org Afrika- islam) so masalah bahasa membataskan sikit kami nak borak2. Sayalah tu... malu nak borak2 panjang ni coz saya ni tak pandai sangat cakap org putih pun hihihi.


Masa dia dtg tu saya baru tengah berkemas(padahal dah tengahari) coz pagi2 tu sibuk masak (bekal abg gi uni) dan buat cookies tu(Ismail dah minta acap kali). Bila je dia tahu saya tengah kemas terus dia cakap nak tolong kemas...dia ajak saya kemas sama2. Punyalah terkejut...tak tahu nak cakap apa...walaupun saya cakap tak payah dia nak juga. Ya Allah...cekap sungguh dia buat kerja sambil kendong anak kat belakang dia...zip zap zup...sekejap je dah siap kemas... siap mop lantai dapur...lipat kain...kerja saya hanya basuh pinggan mangkuk dan vacum karpet. Malunya....Allah je yg tahu....Tapi alhamdulillah....Allah dah hantar pertolongan...Hari tu lantai dapur saya berkilat. Bukan tu je...kat luar pun dia kemas....hish kalau hari2 bagus gak hihihi.


Pukul 2.30 dia balik jap ambil anak dia kat sekolah...lepas tu datanglagi...masa ni berboraklah pulak...berabuklah saya cakap org putih hihihi...bertukar2 cerita...Bila dengar cerita dia kat negara dia...rasa mcm bertuahnya kita duk M'sia aman...takde perang saudara mcm tempat dia...dia ni dtg Aussie ni kira bwh program perlarian perang...Bila cerita pasal M'sia dia mcm terkejut coz dr segi kemudahan asas tak byk beza dgn Aussie ni...Bila dia balik saya bekalkan cookies yg masak pagi tadi tu...anak2 dia cukup seronok. Salah seorg anak dia satu kindy dgn Ismail dan Sumaiyyah. Sekarang dah jadi kawan baik Ismail. Terima kasih byk2lah utk jiranku itu...moga tak serik dtg lagi...hihihi....


Bila saya cerita kat hubby...terkejut dia...lepas tu siap sengeh...siap cakap "tulah awak buat kerja lemah lembut sangat" (sambil buat gaya)...nak kenakan sayalah tu...


Kat Aussie ni memang ramai yg dtg di bwh program bantuan perlarian perang...sebab tu kat sini macam2 bangsa ada...lebih majmuk dr M'sia...


Entah bila saya dpt balas kunjungan jiran saya tu. Rumah dia selang dua rumah je dr rumah saya...


9 comments:

along said...

kena balas balik kunjungan tu..mana lah tau...kot2 dapat present apa2 ker...kim salam ngan jiran tu yer,ajak la dia berblog sama....snap pic dia leh tak??

Intan Rosnitta said...

Salam Suzi,

Drpd cerita Suzi pun tahu yg Suzi ni lemah lembut orangnya (ikhlas ni tau!).

Kena buat kunjungan balas tu, saudara sesama islam kannn.

:)

ain said...

salam suzi...akak dah blh agak suzi ni pemalu dan lmh lembut orgnya.Klu tak takkan sumayyah mcm tu. Lain mcm akak, buat keje mcm lps kudung sikit.hehe..

kita ni bertuah sbb dok kat msia ni aman damai.Klu tak jd pelarian juga le.

Tie said...

He he...suka lak baca kisah jiran suzi tu. Kak tie dah terbayang org afrika dok tolong kemas rumah suzi sambil ada anak kat belakangnya..mcm dlm tv. Beruntung betul ada jiran sebaik itu. Nanti ceritalah lagi, ekk!

QiStinA's said...

salam suzi.. bestnye dpt jiran mcm tu.. kalau dtg hari2 pun tak pe kan.. boleh tolong buat keja umah.. selalunya jiran dtg nak borak tp yg nie paling best siap tolong kemas... masuklah gmbr jiran tu dlm blog nanti ye...he..he

Shais said...

Alamak ...sama la, kemas rumah sambil kendong anak....hahhaha.

beruntung suzi, dapat jiran yg baik, ringan tulang pulak tu. kalau kita dalam kesusahan jiran yg datang dulu...

Suzi said...

salam ...

along..
tulah bilalah nak balas ni...
kalau dia berblog jadi kawan baik alonglah...boleh hihihi...

intan...
duk tempat bukan Islam ni...saudara sesama islam ibarat sedara mara kita juga....

kak ain...
elok juga buat kerja cepat2 nak2 org ramai anak mcm kita ni....

kak tie...
macam tak percaya je dpt kawan dgn mcm bangsa kat sini....

moi...
nanti suatu hari insyAllah saya ambil gambaor dia hihihi...

shais...
tulah tengok dia makin tinggi keinginan nak beli kaintu bila ada bay lagi suatu hari nanti hihihi...

azreenfaisal said...

suzi...cam menarik kuih tu...nanti nak tryla...

Suzi said...

salam azreen
selamat mencuba ye...