Thursday, November 20, 2008

Cream puff

Resepi dr yani@myresipi.com...tak berapa cantiklah saya punya cream puff..tapi sedap hihihi...anak2 saya cukup suka kuih ni...Untul krim kastard saya guna honey@myresipi.com tq yani dan honey berkongsi resepi.

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  12. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.


Cream custard:-
honey@myresipi.com
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung kastard/jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara:-

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan sedikit susu dan kacau supaya tidak berketul.
  2. Masukkan telur yg telah dipukul sedikit dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega untuk nampak cantik berkilat.

8 comments:

Sasha said...

dah lama teringin nak buat cream puff... tapi mcm susah je...

azreen said...

suke makan kuih ni tapi tak pernah buat...senang ke suzi?

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

wah..wah..sedapnye...
saya lagi sebelum raya nak buat biskut conflakes tapi tak buat2 lagi..peti ais asyik penuh je..camne nak bagi ruang letak kuih tu nanti huhu...

ain said...

anak dara akak nmpak je cream puff suzi terus suruh akak buat ptg karang...huwaaaaaaaaaaa...!!!!

halen said...

uhh.. besh besh i like dis kuih tp x tau mcmana nk buat.
of coz nk try ni hehehe..

mother of two said...

beshhhnyer.. tapi apakan daya tak rajin nak masak. rajin beli jer..:)

bozzobattousai said...

nampak sedap sungguh...

Suzi said...

salam...

sasha, halen dan azreen...
dulu ingat mcm susah tapi bila buat rupanya taklah susah pun...cubalah...

nrina...takpe..raya haji buat ...

kak ain..
apa lagi kak...buatlah kesian anak akak hihihi...

shiela...
rajin sbb takleh nak beli...huhuhu...

bozzo...
memang sedap pun kuih ni...