Friday, September 23, 2011

Ayam bakar ala kenny rogers dan nasi kuning

Dah lama masak ayam bakar. Untuk lunch hari ni saya masak simple je...ayam bakar kenny rogers. Makan dengan nasi kuning dan acar mentah. Alhamdulillah berselera satu keluarga makan.






Saya pernah letak resepinya kat blog ni dulu...boleh klik SINI.





Dah ramai kawan-kawan lain yang mencuba resepi ni...yummmm! memang sedap.






Ni pula nasi kuning resepi Kak Nor-TRG. Terima kasih berkongsi resepi.


NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
  •     4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
  •     1 btg kulit kayu manis
  •     5 kuntum cengkih
  •     1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
  •     3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  •     1in halia ~ diketuk
  •     2 helai daun pandan
  •     garam
  •     sedikit pewarna kuning- sy guna serbuk kunyit
  •     air **
  •     1 sudu besar minyak sapi
  •     1 sudu minyak
  •     mix vege dan daun ketumbar(sy tambah)




Cara:
  1.     Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2.     Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
  3.     Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
  4.     Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
  5.     Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
  6.     Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  7.     Masukkan garam dan pewarna kuning.
  8.     Masukkan beras dan biarkan seketika.
  9.     Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.





** saya tambah letak mix vege dan daun ketumbar.



pelengkap menu....acar mentah.


5 comments:

Deliah's Deli said...

suzinya simple,mahu pengsan sy tgk..sedap sgt ni!:)

Chik Mimi said...

Betul Betul Betul Del mau pengsan tgk ayam tu duk posing

hajarus said...

wow memang xleh tahan tengok ayam tu... sedappppnyerrrr...

Suzi said...

deliah,
simple sbb tak byk kerja kena buat hehehe...


kak mimi,
akak, jgn pengnsan dulu...baik makan dulu ayam tu hehehe...


hajarus,
boleh try buat...senang je...dan sedap...:)

Lieya said...

Singgah sini.. amboiiii sedapnyeeee