Monday, September 12, 2011

Assalamualaikum.

Assalamualaikum.
Salam aidilfitri buat semua. Baru berkesempatan update blog yg dah bersawang ni.  Terima kasih kerana masih sudi singgah ke sini. 
Alhadulillah dah 5 hari hubby  kembali ke tanahairsetelah 3 bulan berjauhan. Bagi saya suatu keadaan yg agak mencabar. Menguruskan semua hal  berseorangan.  Tetapi  setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Kini saya makin boleh berdikari. Kalau dulu saya tak pernah mimpi pun bawa kereta untuk balik  ke kg. Alhamdulillah kini saya dah dua kali balik ke kampung suami di Sabak Bernam ketika ketiadaan beliau. Malah dah sampai ke Putrjaya pun....hehehe...untuk pergi menjemput hubby. Tetapi jika diberi pilihan, rasanya dah serik untuk berjauhan dengan suami untuk satu waktu yg lama sebegitu. Harap tiada lagi ulangan selepas ini. 

 sarapan hari pertama tiba...roti canai utk hubby...dah 3 bulan tak jumpa hehehe

 yeaaaa bapak dah balik!!!!
posing kat homestay dengan baju dr Philadephia sebelum balik rumah opah...bapak nak beraya.

 terpaksa duduk berhimpit sebab barang penuh kat belakang....kesian...


Rendang tengah di masak oleh mak mertua. hubby minta nak makan set lengkap juadah raya huhuh


14 comments:

Juwita Jamaludin said...

alhamdulillah seronok bila hubby dah balik ye kak.. ita pun pernah jauh dengan suami.. tak sanggup rasanya.. tambah bila ada anak2 lagi la akak kena kuat .. takpe jangan sedih2 hubby dah dekat dengan akak dah

zureen@mama said...

Salam Kak Suzi..harap zureen pun akan cepat berani utk drive jauh2 juga..hmmm bila agaknya tu?...

cHeRyNa PiReS said...

kak suzi! Masya-Allah...rindu nak jenguk sini. bz sangat...mintak maaf ye. anywayz, selamat hari raya dan maaf zahir batin.

eh, tajuk dia Assalamualaikum kan?
So, Waalaikumussalam:)

Chik Mimi said...

Alhamdulillah Suzi,ade hikmahnya kan ,akak still tak bawa keta takut uuu

Deliah's Deli said...

alhamdulillah..cantik header tu..rumah baru ya,tahniah!

Naz said...

Assallamualaikum kak Suzi..
Lama tak mai sini..
Akak ada 3 boy dan satu puteri yer..
Kak, mmg serik kita jadinya kan membesarkan anak2 dan menguruskan semua perkara berseorangan.. Naz pun pernah rasa dulu dah kak.. Setahun uruskan semua perkara sendiri sbb hubby abiskan writting phd sedangkan Naz dan anak2 balik M'sia dulu tp mmg semua ni buat kita lebih berdikari kan.. Tak boleh tidak, mesti kita buat juga kan..
Selamat hari raya ye kak Suzi..

tun_telani said...

waalaikummussalam =)
comel je semua org pakai baju sama =)

Mas said...

selamat hari raya kak..
wahh....sedondon jerk semuanya...
cantikk..

Dr. Ben said...

dah start gemuk balik dah ni

Yati said...

Beraninya Suzi drive, jauh tu. :)

Suzi said...

ita,
betul tu...serik dah rasanya.kalau blh dah tak nak dah...

zureen,
bila dah terpaksa, insyaAllah boleh je...

sha,
akak pun sama. dah lama tak ziarah kwn2 blog. selamat hari raya dan maaf zahir batin juga utk sha

kak mimi,
tu le...alhamdulillah. sy pun dulu penakut juga. tapi bila sekali dah bawa kat highway, macam syok lah pulak.

deliah,
alhamdulillah. rumah pertama kami inysaAllah. tapi blm dpt kunci lg.

Suzi said...

naz,
selamat hari raya dan maaf zahir batin juga.
memang mencabar uruskan semua hal sorang2. akak yg hanya 3 bulan ni pun dah serik...huhuhu

tun telani,
ibu diaorg pun ada, warna pink hehehe.

mas,
thks. selamat hari raya juga

dr. ben,
huhuhu...bukan salah sy tau...

yatie,
semangat nak jemput hubby hehehe

.:: Mrs Z ::. said...

seronok tgk akak seronok... sedihkan berjauhan dgn hubby, saya yang kena tinggal kejap2 nipun susah je rasa takde suami nak tlg uruskan anak2 ^_^

GreenJade said...

Alhamdulillah..dah selamat smpai rumah.

mmg seronok bila tersayang dah dpn mata kan kak.