Friday, February 27, 2009

Chicken Teriyaki

Ayam teriyaki ni resepi dr FP Kak Rinn...sedap. Masak semalam...makan dgn nasi ayam....yummmm. Resepi ni Kak Rinn ubahsuai dr Japanesefood.com
Terima kasih Kak Rinn kerana berkongsi resepi...saya copy-paste je dr FPKak Rinn...



Bahan-bahan:

5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.

13 comments:

ain said...

terliur tengok ayam su. klu tengok resipi mcm biasa akak buat..tp goreng la..pas ni nak panggang pulak lah.

Tirana said...

Uiishhh..sedapnya nampak ayam ni..boleh cuba nanti..mudah aje rasanya nak buat tu..

Dalam gambar tu ayam nampak kemerahan tapi tengok dalam resepi tak letak cili. Macam mana boleh jadi merah macam tu..

zureen @ mama said...

Nampak mcm sedap jer..buat barbeque pun ok gak ni..

Suzi said...

kak ain...
cubalah...

tirana...
memang mudah...hihihi tak taulah kenapa nampak kemerahan tu tapi memang tak letak cili pun...

zureen...
ok gak rasanya...yummmm

Shada said...

suzi, rasanya yg macam ni senang saya nak mencuba sebb panggang je....makan dgn nasi ayam, lain sikit ek:)

Tie said...

Ooo....macam tu rupanya chicken teriyaki tu....bahan2nya biasa kak tie buat...cuma tak bubuh madu...

Boleh cuba ni...

azreen said...

wah blehla cuba nnti....senang je kan...

ratna said...

suzi ni kalau masak mesti buat saya terliur.. ni tgh lapar ni..

Anonymous said...

sedapnyaaaa!!!ayam tu memang nampak mengiurkan...kalau anak saya tengok mesti nak suruh buatkan ni...

Suziey Ahmad said...

sedap n simple je nak buat..bole buat nih..sesuaiiii utk org yg mls cam i ni :D

QiStinA's said...

suzi...sedapnye ayam tu... nampak nak buat pun mudah kan... boleh cuba nie... berkilat lagi..he..he

azza_irah said...

nampak sedap nya ayam ni..merah2..aza nak try buat juga lah..sesekali memasak...hehee

Unknown said...

Perang2 tu mungkin sebab ada gula..nak cuba la..nampak sedap..