Saturday, November 14, 2009

Ayam Goreng Crispy dan Jemput-jemput Nasi

Salam....semoga semuanya sihat2 belaka. Adelaide masih panas...hari ni masih 39C dan esok dijangka 40C...panas tu...huhuhu...hubby dah plan nak pergi beach lg. Apa nak buat walau tak berapa suka terpaksalah ikut juga...kalau buat undian pun sah2 sy kalah sbb anak2 pun semuanya suka pergi beach....Saya lebih suka pergi waterfall, tapi mana nak cari kat Adelaide ni...
Satu lagi nak cakap, sy confirm balik 7 Jan tahun depan...yeah!!! tiket dah dapat dah. Minggu ni start packing barang sikit2. Pada keluarga dan kawan2 kat Malaysia...tunggu kami balik. Doakan semua berjalan lancar ye...


Okay, cerita pasal resepi pulaklah...ayam goreng crispy ni dah tak ingat menu hari apa...buat utk lunch box anak2 dan hubby.


Ayam Goreng Crispy


Resepi dr choppy@myresipi.com...sedap! minta izin copy-paste ye. TQ, sudi berkongsi resepi. sy ada ubah suai sikit, serbuk cili tu sy ganti dengan serbuk kari...takut peadas sgt nanti, anak2 tak blh makan.

Bahan-bahan

  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.


Jemput-jemput Nasi

Jemput-jemput nasi ni pulak menu sarapan pagi tadi...resepi dr Ros-Tokyo, kreatif Ros ni cipta resepi2 baru. Terima kasih Ros, berkongsi resepi ni. Sedap...anak2 pun suka. kalau suka boleh je tambah ikan bilis dan bawang atau apa2 saje ikut selera masing2. Sy tambah letak serbuk pati ayam.

Bahan-bahanya:

  • 1 cawan nasi putih
  • 1 biji kentang
  • 2 cawan tepung gandum
  • sedikit air
  • garam
  • serbuk pati ayam(ni sy tambah)

Cara-caranya:
1. Nasi diblender dengan air, pastikan paras air dan nasi tenggelam, blender hancur, kemudian kentang di potong dadu kecil.

2. Curah dalam bekas adunan,dan campurkan tepung dan kentang, masukkan sedikit garam, gaul sebati, jika terlalu pekat, masukkan sedikit air, jika adunan dah boleh dijemput, air tidak diperlukan, kira nye masa ni agak-agak je kecairan batter ni, macam adunan kita buat jemput-jemput pisang.

3. Akhir sekali sudukan adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas dan angkat bila dah perang, Sedap dimakan panas-panas bersama sos cili.


21 comments:

ain said...

wahh...pas ni kena pusing jalan2 sambil sopin2. dh nk kat balik dh ni!!! tp...penat kan nak mem'packing'. lepakkkkkk!!!!

fa10 said...

salam suzi,
bestnye dah nak balik mesia...walau pun hujan emas di negara org tp mesti rindukan negara sendiri juga.
dah lama rasanya saya x jenguk blog suzi, maklum la sibuk duk pindah blog. lepas ni saya kekal ngan bicaramataku.blogspot.com

Tirana said...

hehehe..bila dah tahu tarikh nak balik, kalau saya dulu, dok mengira hari aje..tak sabo..Tak sampai dua bulan dah pun kan?

Sue said...

salam kak,
wah..sedapnye ayam tu kak..tapi tengah panas2 ni malas betul nak masak, bukan masak aje malas, buat benda2 lain pun malas.

Tie said...

Ish..tak lama la tu... mesti banyak barang nak diangkut.

Kak tie teringin nak buat jemput2 nasi tu... nampak terliur pulak.

fzi said...

Salam suzi...
mmmm.... pagi2 ni tengok ayam goreng tu, rasa lapar la pulak...hehe

Selamat balik mesia, suzi...home sweet home.... :)

Aiyu said...

Waa,best ler tu nak balik dah...akak,jgn lupa shoping puas2 dulu...Krismas & Boxing Day dah dekat nie.conpem ada sale..Perabihkan duit....hihihi

cHeRyNa PiReS said...

yes!!!

lepas nieh tukar nama blog tak kak suzi? sebab dah tak jadi perantau dah:)

HaSue said...

salam kak..mesti seronok nak balik msia dah..akak balik lama ke?atau mmg stay msia terus?semoga segalanya berjalan lancar yer kak...

Nak rasa ayam tuh seketui..nih ala2 ayam goreng berempah laa ek

Mak Su said...

wow! ai tak tahan ler tgk ayam tu

zureen @ mama said...

Kak Suzi dah nak balik ke Malaysia ye..

Mesti menghitung hari sekarang ni..

Panas juga cuaca kat sana ye..Kat sini hujan ptg..

blogresipi said...

Salam Kak Suzi.. akak balik tahun depan ek.. bestnye... semoga semuanya seperti dirancang... gembira nanti dpt jumpa keluarga :)
psst, panasnye kat Adelaide tuh.

mamasya said...

Salam Suzi..

Ayam rangup gini tentu anak2 sukakan.puding kat bawah tu mkn sejuk2...yummynya.
montel2nya buah strawberry tu.. segar dr ladang....seronok anak Suzi dpt pengalaman petik biah strawberry.
Suzi balik M'sia kat mana nanti? kami sekeluargapun akan balik for good awal bulan depan..awal sebulan sebelum Suzi..baru nak mula mengemas...malas tul bab packing ni..

Mrs.AZAMIEDA said...

salam kak suzi..
welcome home...
akak balik ipoh kan?
saye org sungai siput je...
ayam goreng 2 nmpak sedap..
nak cube la..
msti hbby suke...

ima said...

salam suzi...tak lama dah nak balik m'sia...tentu sekarang dok menghintung hari je lagi...hehehe

nampak sedap je jemput2 roti tu...ayam goreng lagilah...

Sakeenah said...

ooo that looks so tasty!

[S]itie [B]Um [B]Um said...

nk try buat jemput2 nasi

naz ilyn said...

salam... jemput-jemput nasi??? belum pernah cuba tapi kalau nama jemput-jemput ni semua anak-anak suka.

dina said...

kak, nanti sampai malaysia gitau yek, buleh saya melawat akak kat tronoh... akak duk taman apa? tronoh dgn bt gajah tak jauh mana kan...

Suzi said...

kak ain,
panas2 ni malasnya nak packing....huhuh dahlah mungkin shipping brg 10/12 ni...tak lama dah tu...

fa10,
pindah blog lagi...?
nanti sy ziarah :)

tirana,
perasaan bercampur2 sekarang...tak sabor, happy, resah, sedih...semua ada...

sue,
betul sgt2...memang malas nak buat segala benda..akak ni lglah...duk fikir pasal nak balik je..hihihi

kak tie,
dah buat jemput2 nasi ke belum?
tak byk pun sy buat balik brg...byk brg2 dapur jelah...

kak fzi,
tulah tak sabar nak balik...rinduuu sgt2 ...

aiyu,
shopping tu memang nak je...poket je...

sha,
tulah...dah kena tukar namalah nanti...apa yek??

hasue,
akak balik terus....kami balik Ipoh.

Suzi said...

mak su,
tak tahan boleh try buat...


zureen,
ha a' dah nak balik ke tanahair tercinta...
summer kat Adelaide ni memang panas melampau...

ijan,
insyaAllah 7 Jan sampailah akak di Malyasia...yeah!!!

mamasya,
kat m'sia sy kat tTronoh, Ipoh....
tulah malasnya nak packing, dahlah cuaca panas...

iedaz,
akak nanti duk Tronoh, insyaAllah
trylah masak ayam tu..

kak ima, betul tu hitung hari...buat kerja lain pun takde mood je...

sakeenah,
tq!

[S]itie [B]Um [B]Um ,
selamat mencuba!

naz,
trylah buat...sedap dan mengenyangkan.

dina, ok no prob.
batu Gajah dgn Tronoh dekat je...