Friday, August 13, 2010

Nasi Jepun

Menu semalam. Resepi dr FB Tirana. Sedap dan bahan2 pun senang. yg paling sy suka sbb dah masukk sekali sayur, jadi tak perlulah sy masak sayur hehehe...lg pun anak2 sy memang suka mushroom.


Bahan-bahan

* 3 cawan beras basmati * 1 batang lobak merah - saiz kecil, dipotong dadu
* 6 biji cendawan butang - dipotong dadu
* 1 biji bawang besar - dipotong dadu
* sedikit minyak
* sedikit mentega * sedikit garam


Bahan-bahan kisar

* 6 biji bawang merah
* 3 biji bawang putih
* 1/2 inci halia






Cara memasak

1. Masakkan nasi seperti biasa dalam rice cooker.
2. Panaskan minyak dan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu.
3. Apabila bawang layu, masukkan bahan-bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
4. Apabila nasi telah mula mendidih, masukkan bahan tumisan tadi.
5. Kemudian masukkan lobak merah dan cendawan butang. Masukkan sedikit garam dan kacau rata-rata.
6. Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak. Apabila nasi telah masak, kacau rata-rata sebelum dihidangkan



# sy guna beras biasa je....dan masukkan sayur campur...

4 comments:

izahdaut said...

simple je nasinya..teringin nk cuba..resepi baru nih

Deliah's Deli said...

salam suzi...nampak lembut je nasi tu-sedap ni...yg dah siap dlm pinggan tu anta sini yer :)

kak ina kl said...

salam suzi..memanglah best berpuasa kat sini...nak makan semua ada..

selamat menyambut bulan ramadan yang mulia buat kamu sekeluarga.

Tie said...

Rupanya macam nasi goreng cina... tapi cara masaknya lain sikit, hehe... Nampak sedap!