Monday, September 15, 2008

Menu berbuka 14 Ramadhan

Inilah juadah nya.....


nasi dan daging goreng kunyit



Tomyam putih...
resepi ambil dr dapur UMMI....
Bahan:-
  • 2 biji bawang besar - belah 8
  • 3 ulas bawang putih - dititik
  • 3 batang serai - dititik
  • 2 inci lengkuas - dihiris dan dititik
  • 1 kg ayam - potong kecil
  • 2 ekor sotong sederhana - potong bulat (tak letak)
  • 8 ekor udang - (tak letajk)
  • 1 biji tomato - potong 8 ( letak 2 biji)
  • 1 batang celery
  • cili padi - ditumbuk (ikut pedas )
  • Cili hijau - belah 4
  • 1 batang carrot - potong panjang 1 inci (tak letak...hubby tak suka letak carrot dlm tomyam)
  • Jus limau nipis (guna jus lemon)
  • Daun limau purut
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak:-
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sekejap sahaja. Jangan sampai garing. Masukkan ayam dan tumis sekejap. (Tips untuk menghilangkan bau hanyir ayam). Masukkan air dan carrot. Masak sampai mendidih. Masukkan bahan-bahan lain kecuali jus limau nipis dan daun limau purut. Masukkan garam secukup rasa. Setelah masak sume sayuran (jangan layu sangat), tutup api dan masukkan daun limau purut dan jus limau secukup rasa.

7 comments:

Shada said...

salam suzi,

tetiba jer tercilik tengok menu ni, jap tadi rasa layu dah mata....hihihi

ANIZA said...

salam suzi..awak punyer menu ari ni..apa kurangnya..terliur air liur orang yang melihat blog ni..saya maybe balik mesia for good dec ni..cukup ler 3 tahun diperantauan ni..next week saya & geng akan mula operasi biskut raya pulak..nanti saya update gambar kat blog...suzi berapa lama lagi kat sana?

Ida said...

ha....sedapnyerrr....

bozzobattousai said...

sedapnya... saya dah jadi lapar nih so takleh tengok lelama blog awak....

ain said...

salam suzi...

semuanya membuka selera... seronok bila tengok orang masak2 ni...

Suzi said...

salam,
shais...kalau gitu bila gantuk je dtglah sini hihihi...
-----------------------------
aniza..jgn lupa update nanti...nak tengok apa kuih raya org UK.
---------------------
ida..
tengok sedap...rasa blm tahu...nak rasa dtglah sini...

Suzi said...

salam,
bozzo...jgn sampai buka posa lak hihihi...
----------------------------
kak ain,
mcm mana persiapan raya?