- Melewatkan berbuka puasa.
Nabi Sallahu Alaihi Wasallam bersabda,“Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka”. (Direkod oleh Bukhari 1856, dan Muslim 1098)
Dalam Sunan Ibn Majah (1698), “Bersegeralah berbuka, kerana Yahudi melewatkan berbuka”.
- Mencemari Ramadhan dengan maksiat. Umumnya, melakukan maksiat adalah dilarang pada mana-mana bulan. Tetapi pada bulan Ramadhan, dosanya lebih besar kerana dianggap pencabulan terhadap kehormatan bulan yang mulia. Diriwayatkan Ali r.a menghukum orang yang minum arak pada bulan Ramadhan dengan 100 sebatan. 80 kerana minum arak, dan 20 kerana pencabulan bulan mulia.
- Berjaga sepanjang waktu malam dan tidur sepanjang waktu siang. Akhirnya menyebabkan terlepas melakukan solat fardhu. Sedangkan solat fardhu adalah pembeza antara seorang Muslim dengan orang-orang musyrik.
- Menganggap waktu puasa sebagai waktu yang amat panjang dan memenatkan. Lantas dihabiskan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti yang melalaikan, supaya tidak terasa keletihan berpuasa. Sesetengah pula menghabiskan masa di hadapan televisyen bersama rancangan-rancangan hiburan.
- Berlebih-lebihan dalam penyediaan makanan untuk berbuka. Ada yang menganggap waktu berbuka sebagai masa mengganti segala kelaparan yang ditahan pada waktu siang. Kita juga sering menjumpai pelbagai aneka makanan pada bulan Ramadhan yang payah ditemui pada bulan lain.
Allah Taala mencela perbuatan melampau dalam firmanNya, “Dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau” (Al-An’am: 141).
- Melengah-lengahkan ibadah qiyam (solat tarawih) pada bulan ini. Kadang kala disebabkan juadah berbuka yang melampau menyebabkan seseorang malas untuk mendirikan solat tarawih. Maka terlepaslah satu peluang keemasan untuk mendapatkan keampunan Allah pada malam itu. Dan lebih malang, jika terlepas melakukan qiyam pada malam Lailatul Qadr.
- Beribadat hanya pada bulan Ramadhan. Tiba sahaja bulan Syawal dan seterusnya, sudah tidak mengenali tilawah Quran, qiyamullail, dan sedekah. Ya, Ramadhan adalah musim ibadah, dan ada ganjaran khas padanya. Tetapi bukan dikhususkan ibadah di bulan ini sahaja. Ia adalah latihan ibadah untuk diteruskan sepanjang tahun.
Imam Ahmad berkata, “Seburuk-buruk kaum ialah mereka yang tidak mengenali Allah kecuali pada bulan Ramadhan”.
Semoga kita sama-sama muhasabah diri pada bulan Ramadhan, supaya amalan yang kita lakukan tidak dicemari oleh anasir-anasir yang mengurangkan pahala, atau menambahkan dosa.
2 comments:
salam suzi...
semoga kita mendapat keberkatan di bulan ramadhan dan bulan2 seterusnye...
salam kak ain...
Amin...
Post a Comment