Wednesday, September 17, 2008

Menu berbuka 16 Ramadhan

Ini dia...


Apam balik...



Nilah tukang masaknya.
Masak kat belakang rumah. Sehari seblm tu lagi my hubby tu dah cakap dia nak masak daging steak tu...alhamdulillha kurang sikit kerja saya....tengahharinya saya perap jelah. dia pun ada buat laporan.... kat SINI.


tengah bakar....


ada pembantu2nya tu...tapi menyibuk je tu...


dah masak dah...
Utk steak saya perap dengan minyak zaitun, jus lemon, lada hitam, lada sulah dan kicap cair. Untuk ayam saya perap dengan minyak zaitun, madu, sos cili manis (anak tak tahan pedas), sos tiram, sos tomato, lemon dan kicap.



Sempat lagi main air...dahlah sejuk.
Itu tong tadahan air hujan. Kebykkan rumah kat sini ada benda ni. Aussie kan sekarang tengah krisis air...Utk siram2 pokok pakai air tulah...terutama waktu summer.


Ni sorang...org sibuk kat luar dia blh duk main game kat dlm rumah...iman..iman...
baju sekolah pun tak tukar lagi tu...

8 comments:

Tie said...

Wah..musim sejuk ke? Tong utk air hujan tu tak de larva nyamuk ke? ingat nak buat gitu kat rumah baru di klate laa..boleh gak jimat air..Macam mana rupa kat atas tong tu..

Aniza said...
This comment has been removed by the author.
Aniza said...

best nyer awak...berbuka makan steak yer...saya ari ni nak masak Laksam jer...anak2 suka..suzi awak ada YM ID tak? kalu ada kita boleh chatting..my YM ID : anizay..nanti invite yer.

QiStinA's said...

wah suzi...sedap betul tgk steak tu..sesekali berbuka western sedap jugak yek...kejanye pun agak mudah sikit...yg paling best ade org tukang bakar...ha..ha

Ajzie said...

steak tuh sungguh meyelera kan di bulan posa nih..... adoiiiiiiii nak sikit boleh?

Shais said...

salam suzi,

jadi omputih yer....makan steak...best ye sekali sekali tukar selera.

seronoknya ada kawasan belakang rumah...dah lama nak rumah macam ni.

Suzi said...

salam,
kak tie...sekarang dah spring(musim bunga) taklah sejuk sgt tapi sejuklah juga...
ada juga larva tapi kat sini takde sgt nyamuknya ...
nanti saya ambil gambarnya....
-----------------------------
aniza,
alah saya takde YM ID...
anak2 saya pun suka laksam tapi saya pula yg malas...

Suzi said...

salam,
moi...tulah lagi suka coz org yg bakar kerja kita pun kurang hehehe...
-----------------------
ajzie...
boleh2...kalau duk sebelah rumahlah...
---------------------
shais,
yg seronok kat sini kaw. belakang rumah biasanya tertutup...jadi kita yg pakai tudung ni takdelah kalut nak pakai tudung kalau nak lepak kat belakang tu...kami pun teringin rumah mcm ni kalau balik m'sia nanti...tapi payah tu...kat kg blhlah kot..