Sunday, September 14, 2008

Menu berbuka 13 Ramadhan

Semalam kitaorg berbuka dengan juadah ala2 org putih...


Sosej, homemade pizza dan hash brown.


Ni kuih melayulah...agar-agar lumut.
Kena dengan cuaca semalam yg agak panas.



Resepinya ambil dr blog CMG.
BAHAN-BAHAN:
  • 45 g agar2 tali, kerat dan rendam dengan 1.5 liter air selama 15 minit
  • 100 g gula Melaka, potong kecil
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/4 pewarna coklat (jika suka)
  • 500 ml pati santan*
  • 1 biji telur*
  • 1 camca teh esen vanilla*
  • Secubit garam*(*disatukan dan pukul rata dengan whisk)

CARA MEMBUATNYA :
  1. Jerang agar2 bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir hingga agar2 larut. Tapis bancuhan ke dalam periuk lain. Biar mendidih.
  2. Masukkan bancuhan santan tadi dan masak hingga mendidih dan kelihatan seakan berbiji2. Matikan api dan tuang dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk dan betul2 keras sebelum dipotong. Lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.....

====================================================================

PIZZA



topping...daging cincang...udang...buah2 campur (fruit salad)...hirisan bawang...tomato...


Bahan untuk doh:

Sumber kat SINI
  • 4.5 cup bread flour
  • 1.5 cps water(105 degrees)
  • 2tsp active dry yeast
  • 3tbs powdered milk
  • 1tsp salt
  • 1tb sugar
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan dalam bread machine, tekan menu utk doh tunggu siap. Ikut arahan BM. (utk buat pizza doh tak perlu hingga 1 1/2 jam).
  2. Atau masukkan semua bahan dalam mangkuk. Kacau biar bergaul rata.Kemudian uli dengan tangan sehingga licin.Buat bentuk bulat. Wrap dengan plastik wrap. Biarkan 30 minit.
  3. Bahagikan kepada saiz yg dikehendaki. Canai ikut ketebalan yg disukai.
  4. Panaskan oven sehingga 200C. Kemudian letaklah topping pada pizza. Bakar selama 10-15 minit.

===================================================================

HASH BROWN


Ambil resepi drp yani@myresipi.com
Lepas ni tak payah beli lagi, dahboleh buat sendiri kata my hubby...


Bahan-bahan: ( 2 orang )

  • 2 biji ubi kentang
  • 1/3 sudu kecil garam
  • minyak untuk menggoreng
#saya letak sedikit lada sulah

Cara-cara:

  1. Bersih dan kupas kulit potato
  2. Ambik sebiji potato. Cincang sampai halus.
  3. Ambik sebiji lagi, cincang kasar.
  4. Campurkan kedua-duanya ke dlm bowl. Masukkan garam dan gaul rata. Bahagikan kentang kepada 4-5. Wrapping dgn plastik wrap. Microwave kan selama 2-3 minit dgn 600W
  5. Selepas tu biarkan sejuk sekejap. Agak-agak dah tak panas utk kita buat bentuknya. Ambik sebiji potato tadi. Latakkan ke atas plastik wrap. Tekan-tekan bagi leper.
  6. Panaskan minyak. Bolehlah goreng sehingga perang.
  7. NOTE: Sape ada food processor boleh guna fp.. sebiji kentang mix sampai hancur. Kemudian masukkan satu lagi kentang. Mix sekejap,kasar-kasar.

8 comments:

ratna said...

eh eh..agar2 lumut? 1st time dengar. tak der resepi ker?

Tie said...

Oooo...menu omputih..hi hi..mesti biru lak mata tu..he he..

ANIZA said...

Kalu tiap-tiap hari makan selera Malaysia boring jugakan...sekali-sekala kena tukar menu omputih...bila start buat kueh raya?

Shada said...

salam suzi,

alamak dah bayk terlepas menu suzi...sibuk sikit. Sebelum ni berulang alik ke hospital Adli batuk. syukur tak kena bronkitis.

anak no.2 asyik nak makan hotdog jer...mujur suzi ada resepi...berbuka puasa ni nak try ...thanks for sharing.

^aNgRiAni^ said...

salam suzi...semalam makan kat pizza tu kawan belanja
tapi tgk homemade pizza suzi lagi sedap laaaa

ermmmm...petang ni menu berbuka apa suzi?
riani kuehtiow goreng jer...hubby suka makan tuuuu :d

Musliyana said...

wah..mat saleh pulak ekk...ok kan..asyik2 nasi..jemu juga...

Suzi said...

salam,
ratna..
resepi kat bwh tu...
---------------------------
kak tie,
tu lah...balik ganu nanti org dah tak kenal hihihi...
---------------------------------
aniza,
betul tu...
tak tahu buat ke tak? hihihi...

Suzi said...

salam,
shais,
kalau anak sakit susah hati betul kita kan? harap cepat sembuh.
---------------------------
angriani,
tapi masih rindu pizza hut....
-----------------------
diyana,
betul tu...