Friday, September 19, 2008

Menu berbuka 18 Ramadhan

Dah tak tahu nak masak apa...alangkah bestnya kalau berada di tanahair...
Semalam untuk iftar masak bihun goreng. Konon2 nak buat bihun goreng Singapore...tengok2 resepi byk versi rupanya. Untuk sahur masak lauk ayam masak kicap. So nilah hasilnya...

Bi hun goreng...

Bihun Singapore(mamasya)

Bahan
  • 1 pkt bihun - rendam/celur sampai lembut
  • 1 mangkuk ayam/crabstick/udang/fishball-campuran serba sikit- guna ayam je
  • 4 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 inci halia- tumbuk
  • 1 sb lada hitam-tumbuk / serbuk- tambah kurang ikut pedas
  • 1 sb serbuk perasa ayam-atau secukup rasa - tak letak coz takde
  • garam ,minyak
  • sebtg karot -potong pjg halus
  • daun bawang, bawang goreng
  • telur dadar

# saya letak sayur mshroom, capcicum, sawi, kentang.....

Cara:
  1. Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.Masukan lauk dan kacau rata.
  2. Bila lauk masak masukkan carrot, kacau dan masukkan bihun.
  3. Masukkan garam,lada sulah dan sebuk perasa.Goreng sampai masak.
  4. Utk hidangan taburkan telur dadar,daun bawang dan bawang goreng

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Cucur sayur....
buat kunyah2 lepas terawih...
Saya buat berpandu resepi kak jun ni...

Bahan-bahan:
  • 200gm tepung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • daun bawang-hiris2 - tak letak...takde
  • daun sup-hiris2
  • daun kobis-hiris halus - tak letak..takde
  • carrot-parut kasar
  • taugeh
  • air secukupnya

Bahan kisar:-
1-2 ulas bawang putih
garam
pepper

* saya tambah telur dan kentang(hiris halus) serta bawang besar cincang
* bawang putih puncincang halus je....



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Talam Jagung...
nak habiskan jagung krim buat apam balik hari tu...
Pakai resepi kak liza...tapi hasilnya tak secantik kak liza punya....


Talam Jagung
:

bahan lapisan bawah
  • 1 cawan jagung cream
  • 2 cawan tepung beras
  • 0.5 cawan tepung jagung
  • 3.5 cawan santan
  • 1 cawan gula


bahan lapisan atas
  • 1.5 cawan tepung beras
  • 4.5 cawan santan pekat
  • 1 s/k garam
  • pewarna/pes pandan (jika suka) saya tambah utk dptkan warna hijau.

Cara:
  1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
  2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
  3. Kukuskan selama 30 minit.
  4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
  5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
  6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
  7. Kukuskan selama 20 minit.
  8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

7 comments:

Shais said...

salam suzi,

resepi suzi ni, dah jadi macam rujukan saya...kalau dah kekeringan idea...mesti saya refer menu suzi...thank you for sharing:)

bozzobattousai said...

bnyknyer seripi kak suzi nih. saya print je ek. esok dah kawin suruh wife try buat...

ain said...

Salam suzi...

akak pun kdg2 pening nak masak aper??buku resipi ada 3 4 buah, tp mcm x de idea...hmmmm...bebenonye malas...hihi...

Akak said...

Salam Suzi...

Respect la kat Suzi nie, mesti hari2 ada idea nak masak apa, akak kadang2 dok kat dapur dok pikir nak masak apa..

^aNgRiAni^ said...

waaa...rajinnya sizi...

siap wat kuih talam lagi tu

riani kalau bab2 kuih tradisional ni memang angkat bendera putih

tak reti..makan jer reti :D

Suzi said...

salam...

shais...kita sama2 berkongsi..
--------------------------
bozzo,
cepat2 kahwin...
--------------------
kak ain,
tulah kalau dah takde idea pening gak.lagilah kalau kita tanya hubby dan anak2 dia org jawab masak je apa2...lagi pening...

Suzi said...

salam
akak,
dah kering idealah akak...
------------------------------
angriani,
anak2 saya cukup suka kuih2 tradisional...