Saturday, September 6, 2008

Puding sago


Resepi ambil dr blog CMG...copy paste je ye...tq CMG...

Bahan-Bahannya:-

  • 300 g biji sago (kaler yang putih)
  • 2 liter air
  • 1/2 camca teh pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1 1/4 cawan air*
  • 1 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
  • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam atau boleh ganti dengan susu sejat

Cara membuatnya:-
  1. Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau, cuci sago dan masukkan dalam air mendidih dan masak hingga sago berubah jadi jernih. Tutup api dan biar 2 - 3 minit sago tadi. Angkat, toskan dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan pilihan (acuan yang buat apam tu pun ok). Simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
  2. PENYEDIAAN:- Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sudukan santan atau susu sejat tadi. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...