Sunday, September 28, 2008

Milky Milk Chocolate Cookies

Biskut raya pertama...seblm ni memang tak rancang pun nak buat biskut raya...mcm thn2 sudah. Kat M'sia pun beli je. Tapi hari2 duk tengok kuih raya kawan2 semua terliurlah pulak...terpaksalah buat hehehe...

Sumber:My Favourite Recipes
Bahan A
  • 225 gm butter
  • 125 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sdt esen vanilla
Bahan B
  • 20 gm tepung kastad
  • 250 gm tepung gandum
  • 75 gm tepung jagung
  • 100 gm quaker oat atau roll oat2 sudu makan serbuk koko

Cara memasak
  1. Putar gula dengan butter hingga sebati.
  2. Ayak bersama kesemua jenis tepung dan serbuk koko, masukkan oat.
  3. Masukkan telur kuning dan vanilla ke dalam adunan butter tadi. Gaul rata dan masukkan tepung tadi dan uli hingga sebati.
  4. Canai adunan mengikut acuan kesukaan dan bakar. Setelah biskut sejuk barulah di salut dengan susu tepung tadi.

Nota:
Quaker oat @ roll oat..dlm tin merah, di bakar dahulu sekejap agak2 perang
100gm susu tepung + 20gm icing sugar, campur & ayak dahulu.

5 comments:

ratna said...

sedapnyer.. saya mmg suka mkn kuih raya. tapi skrg ni dah tak sempat kot nak buat kuih raya. esok keje lagi..

Tirana said...

Wow suzi dah buat milky milk chocolate cookies..Tuan blog sendiri tak cuba lagi sebenarnya..hehehe.. Resepi tu dari Qaseh from S'pore.

Setakat ni dah buat 4 jenis cookies:
1. choco chip spotties - yang ni anak-anak saya suka sangat

2.biskut almond - sikit2 macam biskut almond london, yang ni pun anak-anak suka juga.

3. biskut cornflake rangup - my daughter suka biskut ni..

4.tart nenas - yang ni saya suka

Hari ni nak buat satu lagi iaitu biskut makmur..yang ni hubby suka.

Semua resepi untuk biskut2 di atas ada dalam blog resepi saya di bawah kategori biscuits/cookies.

Suzi said...

salam ratna,
akak dulu kat m'sia beli je...hehehe
kalau akak dlm keadaan ratna tu tengah sarat lagilah...baik beli:)

Suzi said...

salam tirana,
byk tu biskut raya...saya ni tak tahu lah berapa jenis yg sempat buat hehehe...

Shada said...

salam suzi,

saya baru nak start buat...rasanya buat dua jenis jer yg lain mak mertua buatkan....hhahaa...malas betul menantu sorang ni.

milky milk mmg sedapkan, mak saya gelar biskut ni suci dalam debu....sbb kat luar dia mcm berdebu jer...hihihi