Tuesday, September 9, 2008

Menu berbuka 8 Ramadhan

Semalam kelam kabut sungguh masa sediakan juadah utk iftar.
Isa yg tak sihat tu meragam nak berkepit je...
Terpaksa suruh hubby balik awal.
So, inilah je juadah semalam....


Soto ayam
Bahan2nya:

  • nasi himpit
  • sup
  • sambal kicap
  • bahan hiasan
  • bergedel
Untuk nasi impit:(ctma@myresipi.com)

  • 3 cawan beras
  • 8 cawan air
  • sehelas daun pandan - optional
  • sehelai plastik ziplock berukuran 18x20 cm

Cara-cara

  1. Basuh beras seperti biasa
  2. Tanak beras dengan 8 cawan air dan daun pandan.
  3. Setelah nasi masak, kaup dan masukkan dalam plastik ziplock sementara masih panas. Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil di tekan untuk memampatkan nasi.
  4. Sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan bersama kuah kacang dan sate


Untuk Sup:(resepi Umi Amir)
  • I ekor ayam
  • 5 ulas bawang merah dihiris halus
  • 10 ulas bawang putih dihiris halus
  • 2cm halia diketuk
  • 4 batang serai diketuk
  • 1 peket sup bunjut
  • sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
  • 2 helai daun pandan - tak letak pun
  • Daun sup secukupnya
  • garam secukup rasa

Cara-cara:
Potong ayam dan rebus bersama sup bunjut, halia dan serai yang diketuk.
Apabila ayam masak keluarkan dan goreng.Siat2kan bahagian isi ayam untuk ditabur sebagai hiasan.manakala yang selebihnya masukkan semula ke dalam sup bersama daun pandan.
Goreng bawang yang telah dihiris halus,bunga lawang dan kulit kayu manis di dalam kuali yang berasingan.Bila dah naik bau angkat dan tuangkan kedalam sup yang telah mendidih.Masukkan garam dan hirisan daun sup dan tutup api.


Bergedel

Bahan-bahan untuk bergedel:
(resepi Umi Amir)

  • 1/2 kg isi ayam dihiris kasar dan digoreng kemudian ditumbuk - saya guna daging kisar
  • 1 kilo kentang dihiris dan digoreng kemudian ditumbuk
  • bawang goreng secukupnya
  • daun sup seckupnya
  • 1 biji telur ayam
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah

Cara-cara:
Campur semua bahan2 dan bentukkan bulat.Sebelum goreng celupkan ke dalam telur yang telah dikocak.untuk mendapatkan bergedel yang cantik pastikan ianya kering barulah dibalik.

Sambal kicap:
saya guna resepi INI


Bahan Hiasan:
  • taugeh dicelur
  • daun sup dimayang halus
  • soohun goreng - tak letak...tak ada
  • bawang goreng

Cara menghidang:

Hidangkan nasi himpit bersama bahan2 hiasan, bergedel, sambal kicap dan tuangkan sup diatasnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------



Bingka Telur...
Pakai resepi sofieyya
Hanya buat separuh dr resepi tu...tak letak colour pun...


Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • 2 cwn air daun pandan( atau 2 cwn air + colour kuning)
  • 2 tin santan (400ml x2) atau santan pekat
  • 3 cwn tepung gandum
  • 2 cwn gula
  • 1 tsp garam
  • 4 tbs butter-cairkan

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan, hingga tepung tak berketul2.
  2. Masukkan 1 tbs minyak dalam loyang..lenserkan. Masukkan dalam oven.
  3. Bila loyang sudah panas, masukkan bancuhan kuih.
  4. Masak sehingga perang.

8 comments:

Tie said...

Alamak...soto dan begedel kak tie punya favourite..hemm..sedapnya..(oops..hari ni cuti posa laa..hi hi..)..rasa macam nak buat tapi malas nak buat nasi impit dan begedel tu..Dapur kat quarters ni kecik sangat,kak tie kan dah 'besar'...so kalau boleh tak dok lama2 kat dapor..sesak nafas..he he..(alasan la tu..)

Ida said...

amat menyelerakanla....nih yg rindu kat Malaysia nih...anyway salam perkenalan ya...I put ur link in my blog so senang nak cr resepi nanti....hehehhe

Musliyana and family said...

salam suzi..tak pe suzi..kelam kabut punn sempat buat bergedel ekk??terrer la suzi ni...he..he..

TEAM B.I.O.N.I.C said...

hehehe aku pun minat masak... ur blog akan d link with mine.... untung la bro sam puas makan....

ain said...

salam suzi...

sedapnye nampak...rasa mesti kaw punye...!!!

Shais said...

salam suzi,

anak tak sihat pun masih boleh memasak...memang handal.

anak saya yg kecik ni pun baru nak sihat dari batuk...merenggek juga.

Suzi said...

salam...
kak tie...nanti dah duk rumah sendiri buat dapur besar2...nak kenduri pun senang hehehe..
--------------------------------
ida,
silakan saya pun dah letak ur link...
--------------------------
diyana,
bahan dah disediakan ...dah plan nak mkn tu lagi pun...nanti lecewa lak hehehe....

Suzi said...

salam,

TEAM B.I.O.N.I.C, silakan...
---------------------------
shais,
bukannya handal...dah terpaksa...
--------------------------------
kak ain,
rasa dulu baru tau kaw ke tak?hehehe...