Tuesday, September 30, 2008

Green Princess Cookies

Green Princess Cookies...ambil resepi drp dapur UMMI
sedap...

Bahan A

  • 100gm mentega
  • 75gm minyak sapi - saya ganti dgn majerin...takde minyak sapi...
  • 60gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B

  • 50gm serbuk badam
  • 15gm tepung beras
  • 220gm tepung gandum

Bahan hiasan :-

  • coklat masakan putih (*ummi tukar coklat)
  • manik gula warna warni

Cara-Cara:-

1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika.

3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan

4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit.

5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.

No comments: