Tuesday, September 16, 2008

Menu berbuka 15 Ramadhan

Kue tiaw hailam....
my hubby dah jatuh cinta tengok gambar mee hailam CMG kat my resepi. Alhamdulillah my hubby puashati walau ada bahan yg tak letak dah ganti dgn bahan lain.

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 g mee kuning - ganti kue tiaw
  • 300 g udang sederhana besar- tak letak
  • 1 keping dada ayam- guna sebelah ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub- letak yg merah je
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat- letak sawi
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris- tak letak
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan- tak letak dah habis stok
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*- ganti dgn serduk lada hitam dan lada sulah
  • 1 camca besar sos abalone*- letak sos ikan
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.


*****************************************************************************
********************************************************



Onde-onde labu...resepi drp Suhana.
Nak habiskan labu...blm habis lagi tinggal lagi 1/4...


Bahan-bahan:
  • 350g pumpkin - kukus atau rebus dan mashed
  • 200g tepung pulut
  • 50g tepung ubi
  • 1 tbsp ghee - saya ganti dgn butter
  • 1 ketul gula melaka- potong kecil
  • kelapa parut secukupnya - dalam 2 cup - kukus dgn daun pandan seketika dan gaul dgn sedikit garam.
Cara-cara:
  1. Satukan semua tepung dan labu serta ghee. Uli sampai jadi doh lembut. Tambah air atau tepung ikut keperluan.
  2. Ambil sedikit doh dan buatkan bebola kecil. Tekan kat tengah dengan ibu jari danm masukkan gula melaka dan tutup kemas dan bulatkan.
  3. Rebus dalam air yg mendidih sehingga timbul...tanda dah masak.
  4. Angkat dan tos kemudian gaul dengan kelapa parut. Boleh letak daun pandan dlan air tersebut jika suka.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

jagung rebus...
kegemaran sekeluarga.


Ni juadah utk sahur. Ayam goreng dan sayur je...

8 comments:

Tie said...

Haa..tak pernah lak dengar atau rasa onde2 labu...banyak ke pumpkin ke sana tu..kat ganu ni banyak gak..kak tie suka yang kecik2 tu..senang, masak sebiji je...tak yah simpan2...

Siti Khuzaimah said...

Salam suzi, sejak pose ni tak penah lagi saya masak mee @ mihun @ kue teow...nnti one day nk masak jugak ler gini...

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

alamak hai..sedap dan menyelerakan ler...suka kuey tiaw tapi kalau masak kat rumah ni mesti sy sorang je yg makan hubby tak minat ler...

ptg kan nak buat bihun gorenglah hehe...

ain said...

salam suzi...

akak suka mee hailam...tp jarang le dpt buat sbb bdk2 x suka sgt.. selalu beli je..tp rasa pulak out...

bozzobattousai said...

lamadah tak makan jagung rebus manis... minum air jagung adala... itupun rasa air paip... hanit punya org meniaga... tau nak untung je

Suzi said...

salam,
kak tie,
labu tengah murah kat sini...biasalah yg belinya my hubby...beli yg besar lah...
ok gak rasa onde2 ni...
-----------------------------------
ct,
asyik makan nasi je jemu gak..kan?
-------------------------------------
nrina...
alah kalau gitu baik beli je...kan?
---------------------------------------
kak ain'
alhamdulillah anak2 saya suka mee dan yg seangkatan dgnnya tu.

Suzi said...

salam bozzo,
sekarang dah spring ni senang sikit dpt jagung...harga pun OK.
Org nak utg byk mcm tulah...

Deliah's Deli said...

akhirnya berjumpa dengan resepi ni...puas geledah dapur...hehehe!