Friday, September 5, 2008

Kuih Badak Berendam

nilah badak berendam mak mertua saya...

Bahan-bahan:

Untuk doh;

  • tepung pulut
  • santan + air secukupnya
Uli sehingga jadi doh yg tak melekat kat tangan. Macam buat onde-onde.

Untuk inti;
  • gula pasir biasa secukupnya
Untuk kuah;
  • santan pekat
  • sedikit tepung beras
  • garam secukup rasa
Campurkan santan dengan sedikit tepung beras dan garam kemudian kacau sebati.


Cara membuat:
Ambil sedikit adunan...sebesar ibujari tgn dan bulatkan (mcm buat onde2). Tekan bahagian tengah dgn ibu jari utk jadikan lubang. Picit empat penjuru...akan jadi mcm bentuk bintang 4 penjuru yg ada lubang kat tengahnya untuk letak gula. Faham ke hah?...tak reti nak terang. Kata mak mertua nak senang letak gula dan buat bulat je...Susun dalam bekas yg telah dialas dengan daun pisang(kalau ada) atau sapu minyak kat bekas tu. Buat hingga habis. Masukkan gula ke dalam lubang adunan dan curahkan kuah kat kelilingnya. Lepas tu kukus hingga masak. Memang agak leceh sikit tapi my hubby tetap nak makan badak berendam yg mcm ni ...taknak yg biasa tu...

3 comments:

IBU KUMBANG said...

Insyaallah paham.. duduk diperantauan ni ndak x ndak kena buat sendirikan.. kalau ktaorg kt cni, susah2 beli kt param jerr...

Suzi said...

salam ibu kumbang,
tulah...rindunya suasana posa kat M'sia...

Mak Su said...

cantiknya badak berendam tu