Sunday, September 21, 2008

Menu berbuka 20 Ramadhan

Semalam pulak hubby jemput beberapa org adik2 undergrade(lelaki je) berbuka kat rumah. Saya hanya masak nasi ayam, puding roti, kuih putri mandi dan jagung rebus. adik2 tu pulak bawa pizza, keropok dan aiskrim. Tak byk gambar sempat ambil...lagi pun saya kat dapur je dengan Sumaiyyah....Yg lawaknya dalam malu2 tu dia asyik mengintai je kat ruang tamu...mcm anak dara zaman dulu2 mengintai rombongan meminang. Bila cerita kat my hubby tergelak dia...


nasi ayam....


kuih putri mandi...
teringat kat mak kat Trg...bila puasa selalu masak ni...



pizza...salah seorg drp adik2 tu kerja kat kedai pizza...


puding roti...resepi kak liza
Bahan A
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
Cara Memasak
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya..
ataupun cream coklat.

8 comments:

Tirana said...

Wow..sedapnya nampak...rasa macam nak makan aje gambo tu..hehehe..

Cikmin said...

sedapnyer...boleh tanyer cikit x cik suzi..sumaiyyah tu sape?

Tie said...

Ni mesti sumaiyyah ikut perangai ibunya..he he..

Nampak sedap laa..tu teghi mandi tu hijaunya...ada apa2 ke??

ain said...

salam suzi..
hubby akak suka puding roti tp version akak a bit simple. one day akak nak try le version suzi pulak. anyway comel2 anak suzi ye..

Shada said...

malu-malu kucing yer sumaiyah:)

comel-comel anak-anak suzi.

UmmuSarah said...

Suzi, rajin betul memasak. Akak bnyk jugak amik inspirasi & resipi2 dr suzi nie utk bukak posa...hehehe. Kira tunpang sekaki le. Setakat nie ada beberapa yg akak dah cuba. Yg simple je lah. Akak pun tak sempat sgt nak buat yg complex2 tu.Terima kasih ye.

Suzi said...

salam,
tirana...jgn mkn gambar tu...tercekik nanti payah hihihi..
------------------------
min,
sumaiyyah tu anak dara saya yg sorang tu..3 1/2 thn umur dia....
------------------------
kak tie,
saya takde intai2 tu duk dlm bilik lagi hihihi...
terlebih pandan pes kot...

Suzi said...

salam'
kak ain..comel ikut mak dia lah tu hehehe...lg simple resepi lg senang keje kita kak...
------------------------------
shais,
sama dgn mak dialah ....pemalu..
--------------------------------
kak nurul,
tumpang 2 kaki pun takpe...