Sunday, January 11, 2009

Cuti3 Part5: Jalan2 kat Sydney (2)

Cerita cuti2 tg dah nak basi...hihihi..kemalasan nak upload gambar lagipun hari ut internet slow sikit. Ni cerita hari kedua kat Sydney. Kami pergi kat Darling Habour...lawat Sydney Aquarium dan Sydney Wildlife World. Anak2lah paling seronok...dapat tengok bermacam2 binatang.


Ni caravan park tempat kami menginap 2 hari di Sydney...hari tu lepas checkout terus pergi Darling Habour dan ptg tu bertolak ke Canberra.

Ni permandangan sekitar kawasan tu...
Aquarium dan wildlife world bersebelahan je..parking kereta kat kawasan ni memang agak mahal huhuhu...bayaran masuk pun blh tahan mahalnya...bagi kami famili yg besar melayan $140... tu nasib baik ada promosi....

Mula2 kami masuk kat aquarium dulu..biasalah...ikan2 dan tumbuhan kat air.
Kat atas tu gambar Platypus..bintang Australia yg berada dalam kumpulan mamalia tapi bertelur..ada paruh mcm itik..


Anak2 asyik duk tengok gelagat peguin...diaorg panggil pingu..


salah satu bahagian kat dalam tu...oceanarium...tempat ikan2 besar mcm shark, pari, penyu dll. Suasana kat sini membuatkan saya teringatkan aquaria kat KL...tapi kat Kl lagi canggih sbb kat sini kena jalan kaki sendiri...hihihi


antara gambar yg sempat diambil..lepas tu kami ke Sydney WildlifeWorld...sebelah je...


besar lipas ni tau...



sapa pandai...cubalah teka berapa ekor tikus kat gambar tu huhuhu....


belalang pun ada ambil bahagian juga....dan mcm2 serangga lain.

cantik2 rama2 ni....

usap jgn tak usap...budak2 ni berani je...mak budak je geli nak dekat hihihi....


kanggaroo...


koala yg comel...geram tengok...siap blh senyum tu...



Lepas tu kitaorg terus bertolak ke Canberra...meneruskan misi utama yg membuatkan kami pergi bercuti(buat passport)....tengoklah jem kat Sydney time kami nak keluar huhuhu...dah lama tak rasa suasana mcm ni...

13 comments:

Tirana said...

Teringat masa gi melbourne, hujung tahun 2007, nak surf internet fikir banyak kali sebab slow sangat2 especially nak upload pics.. tersengguk-sengguk depan computer..hehehe.. Hari tu tak sempat pergi Sydney sebab suami kerja..so round melbourne aje la saya dgn anak beranak. Nasib baik anak yang sulong tu berani. Kalau nak tunggu hubby bawak, mana dia ada masa..hari2 kena gi hospital.

Leenoh said...

Jauh perjalanan luas pandangan, gambar yang dipaparkan sangat indah dan menarik,

Tidak sia-sia Allah Taala jadikan alam ini, alam ini adalah salah satu ayat Allah menceritakan tentang Maha Kuasa-Nya, tentang Maha Bijaksana-Nya dan berbagai lagi.

Jika dibaca dan dikaji insya Allah akan bertemulah kebesaran-Nya.Semoga anda semua sentiasa aman di perantauan.

Wassalam.

Tie said...

Eh...ilang pulak komen kak tie tadi..hi hi.

Kak tie suka kat platypus tu...comel je..

Zureen said...

Bestnya dpt tengok penguin..

kakchik said...

tak tau nak kata dah, jeles tak terkira ni.

part oceanarium (betul ke eja ni?) tu macam kat langkawi waterworld je.

ateh... said...

wah..best nye dapat jalan2 kat sane..bile la dpt g sane kan..doakan la ateh dpat sambung belaja ke kat sane.hihhihi.salam ziarah

ain said...

cutenya koala!!!!!!

QiStinA's said...

salam suzi... teringat masa pi sydney dulu... moi pi Sydney Wildlife Park... sama ke ngan Sydney Wildlife World la nie???? lama jugak suzi jalan2 yek... all together berapa hari ye...

QiStinA's said...
This comment has been removed by the author.
azreen said...

bestkan jejalan kat sydney....tp itula rugi pulak haritu tak dapat jumpe ngan suzi sekeluarga....

Suzi said...

tirana...
kalau saya kat tempat tirana agaknya tak kemanalah...jenis penakut...nak2 tempat asing...

Leenoh...
betul tu..Allah Maha Besar...

kak tie..
cute dan unik platypus tu....kan?

zureen...
budak2lah terutamanya...tu penguin terkecil di dunia tau...

kak chik...
tulah yg org2 duk kata tapi saya blm sampai lagi yg kat Langkawi tu...Aquaria yg kat KLCC tu pernahlah pergi...

ateh...
tq singgah sini..doalah byk2...amin...

kak ain...
rasa mcm nak peluk je kan...

moi...
rasanya tempat yg sama...

azreen...
dah plan2 dlm kepala sebenarnya nak jumpa azreen tapi apakan daya ...masa tak mengizinkan...tunggu azreen dtg adelaidelah..hihihi...

Mummy HS said...

bagus juga kenal ramai2 dlm dunia blog ni. boleh share pengalaman, nnt bebila nak gi, dah ada byk info. tahu nak pergi mana kan.
jalan2 tgk keindahan ciptaan Allah.

Shais said...

masuk zoo, mahal-mahal pun berbaloi:)