Tuesday, January 20, 2009

Award n tag....


Peraturan nya:-

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

dah copy...kat atas tu...

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda

Award ni dr Kak UMMI dan Ela....

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

  • Paling takut ngeri tengok belon yg besar...nipis...takut pecah. Sebabnya dulu pernah main tiup belon masa sukaneka sekolah pastu pecah kena muka...terkejut ooo....
  • Binatang paling geli..cicak. Pernah tengah syok tengok tv sambil meniarap tiba2 si cicak jatuh kat atas belakang lepas tu cicak yg panik masuk dalam baju...sampai sekarang naik bulu roma bila tengok cicak. Terbayang2 saat itu...geliiiii....
  • Dalam zaman yg serba canggih ni saya adalah antara insan yang takde lesen kereta dan tak tahu pun bawa kereta. Keinginan ada tapi keyakinan takde. So, nak bergerak je harapkan my hubbylah. Tapi bila balik M'sia nanti rasa nak beranikan diri belajar dan ambil lesen...anak2 dah sekolah...jadi keperluanlah kot...
  • Kerja rumah yg paling 'bercinta' nak buat...lipat dan iron kainbaju... huhuhu....Kat sini kurang sikit kerja ni coz hubby gi Uni pun pakai t-shirt je...kadang je pakai kemeja. Iman pun sama...baju sekolah dia bkn mcm kat M"sia. Uniformnya t-shirt je.
  • Saya ni kidal orgnya. Kebykkan kerja buat pakai tgn kiri. Tapi makan tangan kananlah. Sebab dulu kecil2 selalu kena marah dgn mak kalau makan tgn kiri.
  • Saya ni juga susah makan ubat...terutama kalau jenis air. ..lagi2 ubat batuk. Sebab tu kalau gi klinik selalu minta ubat pil je. Dulu kecil2 mak selalu tunggu time saya makan ubat kalau tak tak makanlan. Sekarang hubbylah pulak kena tunggu...hehehe....
  • Saya tak boleh tidur dlm keadaan gelap gelita. Rasa lemas. Berlawanan dgn my hubby. Tapi dia terpaksa mengalah coz anak2 semua ikut jejak saya...
  • Tak berapa suka laut...rasanya saya ni jenis mabuk laut...
  • Jenis org yang senang merajuk juga tapi jarang tunjuk...kecuali kat hubby coz nak dipujuk hihihi...
  • Dulu jenis org yg malas nak masak2 ni tapi sekarang bila dah terpaksa...jadi seronok pula masak...hihihi...

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Tak nak panjangkan pada sape2 dah sbb dah ramai yg buat tag ni hihihi...

.5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag menerima award ini.


Harap Kak UMMI dan Ela berpuas hati ye walau tak memenuhi semua syarat....


# pernah jawab dulu so saya copy paste je yg dulu hihihi...acilah ye...

4 comments:

Tie said...

Laa..kak tie pun tak boleh drive..., geli kat cicak dan semua benda yang merayap tu.. hi hi..

azreen said...

hehehehe...mcm pernah baca je....

Suzi said...

kak tie...
kita serupax2....

azreen...
shhh...diam2...hihihi....

cikla said...

suzi....kita pun takut belon tau..jgn cakap kat org..kalau anak suh tiup belon..ya Allah sanggup suh tunggu abahnya balik..leni beli pam hahahhaha