Wednesday, January 21, 2009

Kuih Lapis


Resepi Tulip77@myresipi tapi ambil kat rumah Kak Jun...sedap. Saya guna santan tin(4 cawan)....so air tak perlu letak. Warnanya tu ikut sukalah. Bila hubby tengok kuih lapis saya terus tanya, apasal pucat je warnanya hihihi...entahlah terlalu hati2 takut terlebih warna jadi terkurang warnalah pulak. Saya copy-paste je resepi dr rumah kak jun....terima kasih utk kalian berdua berkongsi resepi ni...

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air
Cara-cara:
  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

11 comments:

Shais said...

cantik betul warna kuih lapis, selalu tengok warna merah putih:)

Tirana said...

Cantik warna dia walaupun pucat..hehehe

mummyalyssa said...

ok je kale kue lapis tu..yg pnting sedap..)

azreen said...

wah warna warni nye kuih tu...mesti berselera budak2 tu makan kan.....

ain said...

cantikkk..pastel colour lagi!!!

dina said...

huih, kuih lapis pulak... sedapnya...

Musliyana and family said...

wah..berkaler2..cantiklah suzi

are said...

sedapnyer....lama dah x buat kue lapis!!!!

mawar merah said...

amboi...!!! cantiknya colour kuih lapis tu,tak pernah tengok sebelum ni...teringin lak nak cuba.

Hapi said...

Happy Wednesday! Bloghoppin' here... Hey, I have an interesting tutorial for you that I have written myself. It is about adding Adsense on your Single Post in XML template. I hope you'll like it! God Bless you!

bozzobattousai said...

bozzo suka kuih lapis yg sedap dan tak lembik....