Friday, January 9, 2009

Nasi Pilaf


Nasi pilaf ni resepi ambil dari blog CMG...saya copy-paste je resepinya..terima kasih utk CMG. Saya hanya buat 1/2 dr resepi....


Bahan-Bahannya:-
  • 1 kg beras Basmathi, rendam 30 minit dan toskan
  • 200 g mentega berkualiti tinggi (SCS atau Golden Churn)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 2 biji bawang besar, cincang halus
  • 1 inci halia, diketuk (resipi asal tak letak)
  • 1/2 cawan kismis kuning
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan daun pudina
  • 1/2 cawan daun ketumbar (mat tak letak)
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • Air secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan mentega dalam periuk hingga cair. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan daun pandan hingga wangi. Masukkan bawang besar cincang dan halia. Goreng hingga layu. Masukkan beras dan goreng beras dengan bahan2 lain. Gaul perlahan2 untuk mengelakkan beras patah2.
  2. Kemudian, alihkan bahan2 tadi ke dalam periuk nasi elektrik, tuang air secukupnya (mat guna anggaran 1 nisbah 1.3...contohnya kalau beras 1 cawan, air dia 1 1/3 cawan) dan masukkan garam, gaul rata dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, taburkan kismis dan semua jenis daun2 dan bawang goreng. Biar nasi tanak betul. Gaul perlahan menggunakan chop stick untuk mengelakkan nasi patah2. Hidang bersama lauk kegemeran masing2..

5 comments:

ain said...

hmmm...mcm senang je. Boleh try sat lg. Kebetulan nak buat ayam msk tomato. Thnx ye suzi.

azreen said...

mesti sedap kan.....rajin nye suzi masak....mesti anak2 pun suka kan... :-)

azza_irah said...

nampak semudah nasi tomato atau nasi minyak je kan..

Suzi said...

salam ...

azza,kak aion...
senang je blh buat...cubalah...

azreen...
taklah rajin sgt...tak sabar nak balik m'sia ni...blh rehat2 sikit hihihi...

asdasd said...

車貸增貸試算
銀行二胎借款
借貸
銀行消費金融中心
車貸搞懂的5件事情
來電汽車來電馬上貸
購買汽車貸款
低利信貸專案
中古好車貸