Thursday, January 15, 2009

Double choco doughnut


Kuih pagi semalam....resepi dr yani@myresipi.com. Senang nak buat dan anak2 suka...tq yani berkongsi resepi ini...

Bahan-bahan ( +- 20 biji )

  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • 4 sudu besar susu segar
  • 80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 30g serbuk koko
  • 50g coklat masakan(white chocolate or milk chocolate)
  • minyak secukupnya
  • kelapa kering secukupnya.- saya guna milo n rainbow sprinkles

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan serbuk koko.
  2. Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. Kacau sehingga sebati.
  3. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, ceduk adunan tadi dengan sudu kecil dan masukkan ke dalam minyak panas. (kalau nak senang guna 2 btg sudu - lebih kurang macam buat jemput2lah).
  4. Gorenglah sehingga masak.
  5. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair. Padamkan api. Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Kemudian cover pulak dengan kelapa kering.(ganti milo n rainbow sprinkles)
  6. Siap utk dihidang.

4 comments:

ain said...

teruja...teruja....

azreen said...

wah sedapnye....nak sikit....yum-yum

mutakalim said...

Wah ni yg lemah ni..donut.. nak kena buat nih..ada cekelat lak tuh..

Suzi said...

salam...

kak ain...
buat jgn tak buat hihihi...

azreen...
dah terlambat...dah habis dah...

izat..
buatlah senang n sedap...hihihi...