Monday, October 25, 2010

Ayam Goreng Herba

Assalamualaikum. Terima kasih buat semua yang doakan kebahagian saya dan hubby. Amin. Moga Allah merahmati jua kawan-kawan semua. Semoga kita semua mati dalam iman. Amin.

Alhamdulillah Sabtu hari tu plan berjalan lancar. Makan-makan dan jalan-jalan dengan hubby. Sesekali begini rasa bahgia sungguh hehehe. Tapi sejak semalam hingga sekarang my hubby dilanda sakit kaki. Sakit yang berulang lagi....dah kali ke 3 sejak balik Malaysia. Sakit yang datang tiba-tiba dan ambil masa untuk hilang. Moga kali ni taklah berlarutan lama sangat. Berapa lama asyik nak mc je..kan?

Apa-apa pun jom layan ayam goreng herba yang saya masak untuk lunch hari ni. Resepi dr majalah Rasa Edisi Ramadhan tapi saya ubah suai sikit. Sedap juga. Berbanding dengan ayam goreng herba/berempah yang biasa , yg ni dia lain sikit sebab guna kaedah tumisan. Jadi taklah kering sangat.





Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam - dipotong kecil
  • sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan tumis:
  • 3 ulas bawang merah india*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai*
  • 2 sm halia*
  • 1 sudu teh jintan manis*
  • 1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyakk masak seciukupnya.

bahan *----> dikisar.



Cara Memasak:
  1. Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis/kisar hingga naik baunya./
  4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Angkat dan hidang.

11 comments:

izahdaut said...

ooo tumis pulak ek..boleh dicuba ni

indahhouse said...

Salam kak suzi,
Cantiknya ayam ni..! dr jauh nampak macam ayam goreng berempah... rupanya tumis ya kak.. mesti wangi baunya :D

Mak Su said...

ooh, style tumisan, mesti sedap ni! nanti maksu mesti terai :)

kayteeze said...

Happy anniversary Suzi, kak tie lewat lak datang, hehe..

Ayam gini kak tie suka.. suka makan tapi malas nak buat, hihi..

Deliah's Deli said...

salam suzi...sedap...sedap...sedap...sedap...SEDAP!!! :p~

PearlnScarf said...

uhhhh.. meneyelerakan .. thanks intro kan resepi nie..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam suzi...semoga HB suzi bransur sembuh yer!..sedap nampak ayam tue..ada kelainan,harus dicuba nih!psst**ari isnin lps g ipoh & lalau kt Tronoh...jenguk2 gak kot2 nampak suzi kt tepi jln..hihihi

hana said...

waaaa best nih! nak cuba jugak lah! anak2 nih klu bab ayam goreng laju ajer.. janji tak pedas. thanx kak..

Hann said...

sungguh menggiurkan..

Suzi said...

izah,
try le..

nurindah,
tulah wangi je...pastu takdelah kering sgt...

maksu, sila2...jgn tak cuba...

kak tie,
thx.

deliah,
memang sedap!

kak atie,
alahi apasal tak singgah...sy ada je kat rumah. perumahan belakang stesen shell tronoh tu.
fiza,
sama2...trylah.


hana,
sama2...anak2 akak pun camtu ...suka ayam. ikan kurang...

hann,
trylah...

K.Nor said...

suzi, mintak izin kopipes ek.. tq :)