Tuesday, January 13, 2009

Roti Pita

Ni dinner semalam....ambil resepi dr erna@myresipi.com. Terima kasih berkongsi resepi...minta maaf ye...copy-paste terus...

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 200g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 150g air
  • 5g gula
  • 5g garam
  • 15g olive oil/minyak masak
  • 2.5g dry yeast

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
  2. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
  4. Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
  5. *** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.

14 comments:

ain said...

alahai rajinnya suzi buat. Akak main yg dah siap je.

Tirana said...

Rajin Suzi buat pita bread...Saya pakai main beli yang ready made aje..hehehe..balik rumah sediakan filling aje...

kakchik said...

Salam suzi.
Baru pagi tadi kakchik ke rumah suzi mencari2 kot2 ada resepi roti pita ni. Ah, dah keluar pun. Sebenarnya kakchik tadi buat roti pita juga tapi semuanya segera punya sebab cik abe nak ke sekolah, nak cepat. Lain kali nak try yg ni pulak. MyResepi tu lambat sangat nak download tadi.

Sasha said...

wah!! ada x resipi mcm mane nak jd rajin mcm Suzi??

Intan Rosnitta said...

Filling apa tu Suzi? Nampak sungguh sedap!

;)

cHeRyNa PiReS said...

kak suzi...ape beza bread maker ngan mixer? sha mmg tak reti laa...kalo akak ajar sha boleh ke?

Suzi said...

kak ain n tirana...
alah saya pun kadang beli je roti pita siap...sesekali rajin buat hihihi

kak chik...
takpe lain kali blh cuba yg ni...
memang kadang2 my reseipi tu slow sikit...org ramai masuk kot...

sasha...
resepinya dtg duk luar negara yg susah nak dapat kedai mkn halal dan yg ada pun mahal hihihi...

intan...
hihihi...filling tu dagind perap dgn mcm2 sos yg ada kat rumah ni lepas tu goreng...nak bakar lambat lak....lepas tu salad...sos n mayonis...

sha...
Bread maker tu mesin utk uli doh roti n perap n blh bakar sekali kat dalam tu...utk roti buku besar tu...kalau nak bentuk2 kena pakai ovenlah juga...
mixer tu biasa utk buat adunan kek dan biskut...kan? ada juga org yg guna utk uli doh roti...akak blm lah try lagi....
itulah yg akak tahu...tanya2lah org lain juga ye...

Shais said...

rajin suzi buat roti pita.

Tie said...

Roti pita ? Baru gi blog kakchik...hi hi..macam berjanji je suzi dan kakchik tuh!

razifembi said...

peh sedapnya nampak ...

posa2 ni tgk makanan mcm ni...kecur air liur...

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

nampak cam sedap giler

naz ilyn said...

salam...

nampak memang betul-betul menyelerakan... tapi saya tak pandai nak buat doh ler kalau tukar dengan lemping ok tak...?? hihihi

Let's dine out said...

sedapnya tengok menu ni, dah terliur lahh....

Suzi said...

shais...
angin rajin tengah menyerang..ambil kesempatan lah...hihihi

kak tie...
hihihi...

razifembi...
posa ke? bagusnya....selamat berbuka...

crazybeatiful88
takdelah sedap giler...hihihi...

naz..
boleh je beli roti pita yg dah siap jual tu...balik letak inti je...

nas...
kena buat atau beli tu...anati air liur baby u yg bakal lahir tu meleleh je (kata org2 tua hihihi).