Sunday, April 5, 2009

Daylight Saving Time ended ....masak kue teow sup...

Pukul 3 malam tadi berakhirlah daylight saving time kat Adelaide.
Tepat pukul 3 am...jam dilambatkan kepada 2 am. Terasa mlm panjang je...puas tidur. Tapi subuh dah jadi awallah sekarang.Kalau semalam pukul 6 subuh hari ni pukul 5 lebih dah subuh. Day light saving akan bermula lagi pada 4 oktober 2009.
Beza waktu Adelaide dan Malaysia kini hanya 1 1/2 jam.....
Nak tahu apa dia 'daylight saving time' klik SINI





KUE TEOW SUP


Kue teow sup ni buat utk sarapan pagi tadi. Cuaca yg sejuk2 ni amatlah bestnya makan benda berkuah mcm ni...Yg beza sikit dgn kue teow sup biasa ialah utk kuahnya saya guna air rebusan ikan bilis. Masa first time buat dulu, guna air rebusan ikan bilis tu sbb takde stok ayam dlm petiais...ada udang je so nak menambah

Bahan2:

  • Kue Teow
  • Ikan bilis - rebus dan ambil airnya
  • bawang - putih hiris halus
  • isi ayam
  • udang
  • telur
  • sos ikan
  • lada sulah
  • lada hitam
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis

Cara2:

  1. Celur kuew teow hingga lembut. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan isi ayam dan goreng sekejap.
  4. Kemudian masukkan air rebusan ikan bilis dan tambah air secukupnya utk buat sup.Biarkan mendidih.
  5. Pecahkan telur dan masukkan udang, sos ikan, lada sulah lada hitam. Masak hingga telur masak.
  6. Perasakan dengan garam jika perlu.
  7. Letakkan kue teow yg dicelur tadi ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah sup.
  8. Taburkan daun sup dan bawang goreng dan potongan cili padi dan perahkan asam limau.
Kalau suka boleh letak sayur2...karot ke. Saya tak letak sbb stok sayur dah habis yg ada cuma karot, tapi pantang my hubby letak karot dalam sup dan tomyam...mengubah rasa katanya...

10 comments:

mica-tetty said...

nmpk resepi simple jer....

cHeRyNa PiReS said...

nieh adelah favourite sha ketika demam/tak sihat. kak suzi dpt kuay teow kat sane jugak ye?

Tie said...

Ooo...sedapnya...

ain said...

sedapnya cuaca sejuk2 mkn sup pns2.

ima said...

selalunya makan yg goreng je...lepas ni bolehlah cuba yg sup pula...

QiStinA's said...

rajinnye suzi buat kuey teow soup utk bekfas....

nekPP said...

salam ceria Suzi..sesuai utk org yg berd**t seperti nekPP..ahaks..

[-suziey-] said...

kalu ltk ball2 lagi syiok :)

azreen said...

wah sedapnye....

Suzi said...

mica-tetty,
memnag simple..trylah.
terima kasih singgah...

sha,
ha a kue teow sini...beli kat kedai asean...
akak suka mknan berkuah setiap maa tak kira sihat 2 tak sihat hihihi...

kak tie n kak ain,
sedaaaaaap...lagi time sejuk ni...tambah cili byk sikit kasi pedas lagi tengkat hihihi,....

ima,
cubalah, sedap!

moi,
tengah angin rajin hihihi...

nekPP,
nekPP diet ke??...saya pun nak diet tapi bila nak start ni...hihihi

suziey,
tulah...mesti sedap. kat rumah akak dah habis stok bebola....

azreen..
sedaaaap....