Friday, April 24, 2009

Shortbread

Baru masak ni...mehlah sapa nak hihihi...dua tiga hari ni Adelaide hujan je...sejuk2 ni asyik nak mengunyah je...Lagipun memang dah lama sangat tak buat cookies. Resepi dr FP Mamafami...copy-paste, terima kasih akak. Dah byk kali buat cookie ni...sedap...



Bahan-bahan :


1 cawan tepung
2 sudu besar tepung beras
1/4 cawan gula kaster

120 g mentega/majerin
gula kaster untuk taburan

Kaedah :

1.Panaskan ketuhar pada 160 C.
2. Ayakkan kedua-dua tepung ke dalam mangkuk besar. Masukkan gula dan gaul rata.
3. Masukkan mentega dan ramas menggunakan hujung jari.
4. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut.

5. Canaikan doh setebal 1/2 sm dan potong dengan pemotong biskut. * Mama tidak pasti bagaimana sebenarnya tekstur shortbread sebab menurut resipi asal Ina, biskut ni harus di canai setebal 1 sm.
6. Susunkan biskut di atas dulang pembakar. Dengan menggunakan garfu, cucuk-cucukan permukaan biskut untuk menghasilkan corak.
7. Bakar selama 20 minit.
8. Keluarkan dari ketuhar dan taburkan dengan gula. Biarkan sejuk t
erlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Buat dua bentuk...bulat n bentuk ni...
mcm ginger breadman...anak2 sukalah btk ni..hihihi

12 comments:

[-suziey-] said...

amboih mcm2 bntuk..nmpk sedap jek..tp msti manis kan...hahah..dh terang terangn nmpk gula taburats tu..ekekek:p

bestla pndai buat cookies..
p/s; akk pnh xbuat vanila cupcake cara kukus? same ke ingredients dia klau kita bake in the oven?

lili11 said...

Eh nak lah! Sedap tuh. Boleh pos sikit tak? Pos bau jer ...

Rafizah Nordin said...

kat adelaide ujan ye...kat sini (tempat sy-PJ) panas.nak keluar pun malas.tp kene jugak keluar sbb jd driver anak2 heheeee

kakchik said...

Suzi mmg pandailah. Kakchik tgk macam cookies kat kedai je. Boleh pos sikit ke KB?

Cuaca kat sini panas sungguh! Tido tak pakai selimut pun malam2, berpeluh sakan.

aiyu said...

betul..betul..betul..kat Adelaide tgh hujan nie..perut pun asyik lapar je..skrg nie tgh masak mee sup...hehehe...

kak suzi,jgn lupa simpankan cookies utk ayu ckit..hahaha....

bozzobattousai said...

cookie nih buat makan depan tv cicah ngan teh O best gak nih...

ain said...

jauh le sgt nak ke sana tuuu.. apa kata su pos je ke sini.hehe

ima said...

nampak sedap dan comel je cookies su ni...geramnya nak kunyah...

QiStinA's said...

nak sikit..he..he...nampak menarik...boleh masuk list nie..

azreen said...

ade lg tak? nak sikit.....hahahahaha

Suzi said...

suziey,
gula tu blh ikut selera...

lili11,
tq singgah sini.
blh2 hihihi

fiza,
dah seminggu hujan...sejuuuk!

kak chik,
blh je tapi takut sampai sana dah jadi habuk hihihi
panas berpeluh ok lg...kat sini kalau panas bahang mcm kat oven...peluh susah keluar...

aiyu,
blh je...

bozzo,
cookies ni tak sesuai utk cicah coz ranggup sgt...terus lebur jr kat air tu...

kak ain,
blh2...tapi nanti sampai dah jadi habuk hihihi
apa kata kak ain buat hihihi

ima,
sila2...

moi n azreen
ambil2 jgn malu2

GreenJade said...

sure hero2 & heroin plg suke

kreatif sll ade new resepi lah hehehe