Tuesday, July 21, 2009

Asam Pedas ayam.

Lauk semalam...saya memang hantu dgn asam pedas ni...tak kira ikan ke ayam ke. Paling suka asam pedas Johor ...terutama kalau FIL saya masak...mmm ternigat2lah pulak.
Resepi asam pedas ni saya ambil dr fidadaud@myresipi.com...halalkan ye...Terima kasih berkongsi resepi...


Bahan-bahan ( 1 ekor ayam )

  • 1 ekor ayam (dipotong 8@10@12)
  • 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • Sebesar saiz ibu jari belacan
  • 1 batang serai (dititik)
  • 50gm daun kesum
  • Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
  • Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + kunyit + halia + belacan
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing
  3. Masukkan ayam + bunga kantan + daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati
  5. Masukkan pula garam. Gaul sebati
  6. Tambahkan air
  7. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan)
  8. **Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya
  9. ***Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam



Ni pulak pencuci mulut semalam....cuaca semalam agak panas sikit...nyaman tekak...



17 comments:

Aiyu Esa said...

sedapnya..nak cikit!!!

azreen said...

wah asam pedas.....sedapnya...mmg feberet saya jugak nih....yummmyyy

cheryna zamrinor said...

bestnye! sha tak biasa makan asam pedas ayam tp pernah makan kat johor...memang delicious abeh sampai terkenang2....tgk gambar nieh tak sabar nak lunch!

Anonymous said...

Kak tie suka !!!

Baru semalam masak asam pedas ikan...hu hu...abis satu periuk!!

Fiza Nordin said...

salam k suzi...
sedapnye asam pedas...klu masak asam pedas ikan tak bape laku kat umah saya ni.asam pedas ayam tak penah pulak cuba...

Suziey Ahmad said...

mmg pelik asam pedas ayam tp sedap kan.sy lg suka ngn ikan la..sbb ikan dia resap rs asam pedas tu..hehe:p

zureen @ mama said...

Zureen blom pernah cuba asam pedas guna ayam..biasanya guna ikan saje..

Tapi best jugak utk dicuba..

ain said...

dulu akak tak tau ayam boleh masak asam pedas. now ni rajin buat. sedap kan..???

cikmanggis said...

salam..sedappnyaa

Datin El said...

salam suzi..anak2 akak kalau dapat asam pedas ayam ni mau menjerit ..peberet dorang..

Deliah's Deli said...

dessert apa eh tu?sedap nampak.

Anonymous said...

FIL akak pun tau masak asam pedas ayam ek.. canggeh tuh.. hehhe..

Suzi said...

aiyu,
waa baru balik main snow...seronoklah tu...cuti masak lg ke??

azreen,
sama kita ye..blh geng hihihi

sha,
alahai kesian, lain kali dtg bila dah lunch hihihih...

kak tie,
mesti sedap tu...saya suka asam pedas johor...

fiza,
trylah...mungkin diaorg suka...selalu org suka je ayam masak apa pun...

suziey,
kat sini susah nak dapat ikan yg sesuai...selalu bila buat rasa tawar je ikan tu...

zureen,
trylah buat...ubah selera...

kak ain,
betul tu sedap!

cikmanggis,
sedap tau!
tq singgah sini ye...

Datil EL,
baguslah camtu kak...selalulah masak. kalau saya sukanya sbb saya pun suka hihihi...

ijan,
FIL akak selalu masak ikanlah hihihi tapi dia masak memang sedap, kalah MIL hihihi...

Suzi said...

deliah,
puding koktel je hihihi...

afiq said...

asam pedas ayam mmg sedap kan.. afiq suker kalo boh daun kesum skit..wangi dier tuh..uhhhh~

fzi said...

Suzi...
Tq..lepas baca post suzi kali ni baru teringat asam pedam ayam lamaaaa dah tak buat...kena buat nih.. :)

Unknown said...

thanks for da recipe...
memang menjadi la... i baru je try...
thanks a lot... :)