Tuesday, April 14, 2009

Laksa Penang

My hubby suka laksa penang tapi saya nitak tahu pun nak buatnya. Selalu kalau buat pun pakai rempah yg dalam peket tu. Tapi hari ni saya cuba buat sendiri...resepi dr Tirana. Resepinya ringkas je...tq Tirana berkongsi resepi...saya copy-paste je...


Bahan-bahan

1 bungkus laksa (500gm)
1 kg ikan kembung - disiang dan dibersihkan (saya pakai ikan tuna dalam tin)
2 biji bawang besar - dikupas
5 sudu makan cili giling (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing)
2 batang bunga kantan - dibelah enam (tak letak...takde)
2 ikat daun kesum - dipetik dan dibersihkan
5 keping asam gelugor
sedikit belacan
garam secukup rasa

Bahan untuk hiasan

timun - dihiris halus
cili merah - dipotong
bawang besar - dipotong bulat
daun salad - dipotong halus

Cara memasak

1. Laksa direndam hingga lembut kemudian direbus hingga masak. Toskan dan ketepikan.
2. Ikan kembung direbus dalam sedikit air hingga mendidih. Angkat dan toskan dan biarkan ia sejuk. Simpan air rebusan ikan tersebut dalam periuk yang agak besar.
3. Bawang besar, cili giling dan belacan dikisar hingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
4. Isi ikan diasingkan daripada tulang dan dikisar. Masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ikan.
5. Tulang dan kepala ikan juga dikisar kemudian ditapis. Airnya dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi campuran air rebusan ikan tadi.
6. Jerangkan campuran ini di atas api hingga mendidih.
7. Masukkan daun kesum, asam gelugor dan bunga kantan. Didihkan lagi.
8. Rasa garam dan masam kuah laksa ini sebelum ditutup api.
9. Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan tambah kuah.
10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.


# my hubby dah selamat sampai dr Melbourne malam semalam...alhamdulillah ...sesiapa yg berminat nak tahu pasal laporan kat ijtimak tu bolehlah klik SINI....

6 comments:

ain said...

tengok laksa penang su, teringat kwn akak nyer laksa, seddapppp sgt. we all dh mkn kat byk tpt, tp x leh lawan laksa penang kwn tu.

p/s..alhamdulillah hubby su dh balik. hilang le rindu ye!

Sasha said...

sha fail bab masak laksa... dah pernah cuba buat... ntah rasa apa pun x tau lah... semacam dah serik nak buat... tp suka nak makan...

[-suziey-] said...

hohoho..lapo nih..ngap kang laksa tu:p

nekPP said...

suz...wahhh lapor nii..nekPP baru ajer nak bfast...plan nak buat laksa johor..tapi kena tunggu daddy b tolong siat2kan isi ikan..ahaks..

Suzi said...

kak ain,
hihihi...tapi tak terasa sgt ...3 hari je...

sasha,
samalah selalu fail je...tapi kali ni alhamdulillah kena dgn selera. Allah yg bagi sedap...

suziey,
ngap jgn tak gnap tapi jgn lupa baca bismillah hihihi...

nekPP,
oklah tu ada org tolong siat isi ikan...saya pun ada org tolong gak sbb pakai tuna dalam tin hihihihi....

azreen said...

suzi...sya pun tahu buat laksa sejak duk sini....senang je rupa2nye....hehehehe