Thursday, April 16, 2009

Roti Nasi

Roti lagi hihihi...tengah bersemangat buat roti....
Ramai dah kawan2 yg buat roti ni....Resepi dr onigiri@myresipi.com. Sedap...lembut dan gebu rotinya walau tak pakai pelembut roti. Tq buat Onigiri kerana berkongsi resepi ni...

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti ) - saya buat bun.

  • 80 gram nasi putih
  • 100 ml air
  • 250 gram tepung roti
  • 60 ml susu segar
  • 4 gram dry yeast
  • 2 sudu besar gula
  • 20 gram butter atau marjerin
  • 1 sudu kecil garam

    Cara-cara

  1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
  2. kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
  3. masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
  4. rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
  5. kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
  6. letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
  7. keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
  8. sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.





Ini cara saya buat:

  1. Blend nasi dgn air dan susu serta garam hingga betul-betul hancur. Kemudian masukkan dalam bread Machine(BM). Diikuti bahan2 lain(ikut urutan/arahan BM).
  2. ONkan dan tekan menu utk buat doh. Tunggu siap, lebih kurang 1 1/2 jam.
  3. Dah siap keluarkan dan tumbuk doh utk buang angin.
  4. Kemudian bentukkan bulat ikut saiz yg disukai....
  5. Susun dalam dulang pembakar dan biarkan naik dua kali ganda.
  6. Sapu permukaan roti dgn susu dan taburlah apa2 yg disukai...bijan..atau apa2 aje.
  7. Bakar dalam oven 180C(yg telah dipanaskan terlebih dahulu) sehingga perang@masak.
  8. Bila dah keluarkan dr oven sapu permukaan roti dgn marjerin utk cantik berkilat.

11 comments:

kayteeze said...

He he....tak sangka betul, nasi pun boleh dibuat roti...

Rasa macam mana tu ??

Suzi said...

sedap kak tie...lemak ada..manis ada...lebih kenyang ...

Shais said...

first time dengar....sedap ya.

[-suziey-] said...

gebus jgk la nmpknye...ouh guna BM...sy buat roti xpnh jadi..sbb mls nk uli btol2:D

ain said...

patut le tgh semangat buat roti, guna BM upernyaaa. buat byk2..pos sini sikit??hihihi

p/s...tp klu ditakdirkn akak rajin 2 3 hr ni, akak nk try potato bun awak yg semlm tu.doakn akak rajin ye..haha

kakchik said...

kakchik dah 2 bulan tak buat roti. lama kan. sejak semalam dok tengok suzi buat roti, hari ni kakchik nak buat jugalah.

nekPP said...

ekhh betullah nekPP pon 1st time dengar roti nasi... sangatt menarikhhhh niii... tnx so very much yaa suz... muwahhhh hehe bodek ler nih..

bozzobattousai said...

saya ada tengok dlm anime Yakitate Japan...dia buat roti dari nasi gak...tak pernah try tapi mesti sedap cam makan nasik...cicah ngan kuah kari lagi mengancam....

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

suzi..ada idea tak nak masak apa kalau kat bilik ni hanya ada dapur elektrik dan microwave?

bosanlah asyik masak burger je..

bilik hotel kalau boleh tak nak ler masak yg xtrem takat yg simple tp best hehe..tolong plzzz bagi cadangan..

Suzi said...

rasa roti ni sedap...lembut...lemak manis.
bozzo..ok gak kot cicah kari...
cicah kopi pun sedap gak hihihi

kami mkn mcm tu je....


memang liatlah sikit kalau nak buat roti bila takde BM...nak kena uli betul2...tapi takpe...try buat sikit dulu...bila dah jadi mesti lagi bersemangat nak buat...


nrina, harap idea aka tu bg idea kat nrina nak masak apa...

azreen said...

suzi...tak tahula bile BM sya tu nak pecah dara.....hehehhehe