Tuesday, April 28, 2009

Pandan Muffin

Lembut dan gebu...sedaaap. Resepi dr yani@myresipi.com . Terima kasih yani berkongsi resepi...saya copy-paste je...

Bahan-bahan ( 6 biji- 7cm acuan muffin )

  • 90g butter
  • 70g gula halus
  • 1 biji telur
  • 40ml susu segar
  • sedikit vanila esen
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil pandan emulco


Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
  2. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
  3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
  4. Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
  5. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.

11 comments:

ain said...

cantiknya muffin su.gebu!!!

[-suziey-] said...

waa sgt gebu la muffin tu...nk try buat la..kukus bole x:D

kayteeze said...

Ooo...kak tie tengah berkira2 nak buat muffin ni.. tunggu je masanya, he he...jeles tengok muffin suzi!

naz ilyn said...

salam...
terima kasih suzi kasi award nanti lyn ambil yer... suzi rindunyer...
sedaplah muffin tu...

ima said...

sedapnyaaa...kita pun ada buat gak muffin pandan..tak sempat nk masukkan lagi...tp satu colour je...lain kali boleh cuba yang ni pulak...

QiStinA's said...

suzi, baru berangan nak buat muffin hari nie...he..he.. terus namapak pandan muffin kat sini...so boleh cilok nie...he..he

fa10 said...

mengancam ni...kena cuba ni

zureen @ mama said...

Zureen pun dah lama sungguh tak buat muffin pandan ni..

bozzobattousai said...

arghhhh...saya tengah diet....

akakerin said...

assalamualaikum,
apa pasal tinggal sebijik je muffin tu?

Suzi said...

kak ain...
cantik mcm org yg buat tu hihihi...

suziey,
trylah blh kot...

kak tie,
nak ke? ambillah hihihi

naz ilyn,
sama2...miss u too!

ima,
cubalah...

moi,
cilok jgn tak cilok :)

fa10 n zureen,
senang je blh cuba.

bozzo,
mkn seketul je tak pe hihihi

akakerin,
hihihihi...