Saturday, April 18, 2009

Baby Bread Pudding


Dah ramai buat pudding ni...tu yg teruja nak buat....Yatt, Hana, Halen...Lagi pun anak2 memang suka puding roti. Sarapan pagi atdi ni...Resepi copy-paste dr kak fida@myresipi.com, terima kasih berkongsi resepi yg sedap ini...

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
  • mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

8 comments:

Shada said...

bukan setakat anak2 je yg suka..hehehe maknya pun suka juga...saya pantang tengok roti.

ain said...

mungkin lbh praktikal buat cara cam ni kan. terus blh ngap masuk mulut..x yah nak potong2 lg.bagus3

Suziey Ahmad said...

ala comel nye..rs nk ngap jek:D

Anonymous said...

ala suzi,comelnya puding tu...senang nak makan..budak2 pasti lebih suka..nak cubalah...


p/s..agak2 berapa minit boleh masak.

azreen said...

simple nak menarik....budak2 mesti suka kan...

NekPP said...

alahaiii cutenya!

Anonymous said...

Oo....idea yang bagus tu..boleh cuba buat.

Suzi said...

shais...
betul tu...saya pun suka hihihi

kak ain...
kalau nak mkn ambil je kan? hihihi


suziey..
ngap jgn tak ngap...tapi jgn sekali dgn alas muffin tu lak hihihi..

ima,
trylah...dalam 20-30 min kot...saya tak tengok jam pun...tengok dah perang sikit...dah masaklah tu...

azreen...
letak dalam bekas cc yg warna-warni lagi menarik hihihi

nekPP,
cute mcm org yg buat tu hihihihi

kak tie,
cuba jgn tak cuba...