Friday, April 17, 2009

Lunch n dinner semalam....


Lunch...pasta goreng n meat ball. Resepi utk meat ball tusaya rujuk kat SINI.






Ayam Masak Hitam


Siapa yang suka masak kicap rasanya akan suka ayam masak hitam ni...resepi dr TIRANA. Tq Tirana berkongsi resepi...saya copy-paste je....
Utk kali ni saya tak letak cili coz anak2 tak makan pedas....


Bahan-bahannya

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil, dibersih dan ditoskan.
  • 8 ulas bawang merah - dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 3 sudu makan cili giling
  • 5 sudu makan kicap manis
  • kunyit secukupnya
  • garam secukupnya


Bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai


Cara memasak

  1. Ayam dilumurkan dengan garam dan kunyit kemudian digoreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus tadi. Goreng sehingga keperangan.
  3. Masukkan bawang besar dan serai yang telah dikisar.
  4. Kacau hingga naik bau.
  5. Masukkan cili giling dan masak hingga naik minyak.
  6. Masukkan kicap dan kacau lagi. Jika agak kering, bolehlah dimasukkan sedikit air.
  7. Akhir sekali masukkan ayam dan kacau rata. Rasa garamnya sebelum diangkat.

***Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih atau nasi berperisa.

12 comments:

ain said...

nmpak sdp ayam tu..kebetulan akak plan nak goreng kan ayam utk bdk2 hari ni, so boleh le try.

p/s...happy weeknd!!

ima said...

salam suzi...sedap2nya tengok masakan suzi ni..terutama ayam tu,anak2 pasti suka..


p/s...pandainya suzi buat roti...bilalah nak cuba...yg penting malas nak menguli tu...

cHeRyNa PiReS said...

lepas bace posting kak suzi, sha terus gi kantin nak makan ayam...huhuhu...

Shais said...

memang sedap....

[-suziey-] said...

waduhhh sedap banget ayam tu:p wrna meatball tu mmg cenggitu eh..ala2 hangit gitu:D

Mak Su said...

nak terai ayam tu lah :)

zureen @ mama said...

Samalah kita Kak Suzi..zureen pun masak ayam kicap tengahari tadi...he3

™سوفي said...

akak masak memang class.

5 bintang hhehe

azreen said...

suzi...ayam masak itam nmpk sedap la.....blehla cuba nnti...

Mummy HS said...

kak suzi.. sedap nye dapat makan panas2 tu..

tgk entry roti pun geram.. nak menguli tu yg malas.. hehe.. tunggu bila ada BM baru rajin kut.. *alasan betul

ada je ni.. cuma agak sibuk la kak.. hampir hari2 ulang alik bangi-shah alam utk jumpa kontraktor.. pasang barng..beli brg etc.. penattt..akhirnya tak de mood nak tulis.. ntah bila angin kus-kus M*L*S nak hilang ntah

Suzi said...

kak ain,
jadi tak buat ayam tu??

ima,
buat sikit dulu...
seronok buat roti ni...tak caya try buat sekali pasti nak buat lagi...hihihi

sha,
akak teringin nak makan nasi berlauk kat kedai tau...

shais,
sedaaaaap...hihihi

maksu,
dah try tak??

zureen,
ye ke?...apa2 yg masak kicap laku je kan?

sufi,
jgn puji sgt...dah kembang semangkuk ni...

azreen,
cubalah...sedap.

hana,
selesai apa yg patut tu dulu...lepas bila dah tenang baru ada balik semangat....

Suzi said...

suziey,
bukannnya hangus tapi dah goreng balik dgn sos tomato n sos tiram(check resepi)hihihi