Tuesday, April 14, 2009

Soft Potato Bun


Resepi dr Cik Wan...lembut dan sedap....saya buat separuh adunan, dpt 15 biji...sekali serang dgn je hihihi....Puas hati ibu buat...tak letak kastad pun kat atas tu. Makan dgn strawbery topping dan choc n hazelnut spread. Tq Cik Wan berkongsi resepi...saya copy-paste je...

Bahan
1 cawan kentang (yg telah direbus dan dilenyek)
1/2 cawan gula kaster
2 sudukecil yis kering
1/2 cawan air suam
2 biji telor
1/3 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan susu segar
1 cawan tepong gandom serbaguna
4-4 1/2 cawan tepong roti


Kastad
250ml susu segar
2 sudubesar tepong kastad
2sudubesar gula
sedikit esen vanilla
-Campur semua dan masak sebentar diatas api perlahan, tambahkan susu jika kastad terlalu kental, kacau semula hingga sesuai untuk di paip. Masukkan kedalam plastik bersih potong sedikit hujung nya dan ketepikan-

Cara
  1. Satukan susu dan minyak, suamkan diatas api kecil, angkat dan ketepikan. Masukkan yis dan air suam ke dalam mixer, biarkan sebentar supaya yis larut kemudian masukkan pula campuran susu tadi, kacau sebati. Pecahkan telor kedalam mangkuk kentang dan gaul sebati, masukkan kedalam campuran susu dan kacau sebati.
  2. Masukkan tepong gandom, gula dan 2 cawan tepong roti, gaulkan dengan senduk dahulu kemudian gunakan mixer untuk terus mengadun sambil memasukkan baki tepong hingga terhasil bentuk doh (adunan sememangnya akan melekit sedikit). Bulatkan doh dan letakkan didalam bekas yang disapu sedikit minyak, tutup dengan plastik dan biarkan naik sekali ganda.
  3. Setelah doh naik tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin didalamnya kemudian bahagikan kepada 50g tiap satu. Bulatkan dan susun diatas dulang bakar.Tutup dan biar ia kembang sekali lagi. Panaskan oven pada 175'c. Paipkan kastad diatas roti dan bolehlah dibakar selama 25-30minit @ hingga gareng atasnya.Angkat dan sejukkan diredai.

Note: adunan sangat melekit tetapi jgn ditambah terlalu banyak tepong bagi mengelakkan roti keras, cukup sekadar mencelup tapak tangan dengan tepong setiap kali membuat ulian.



Saya guna BM...
Saya sapu susu dipermukaan roti sebelum bakar dan selepas keluar dr oven saya sapu marjerin....

10 comments:

ain said...

bila le akak rajin nak uli roti ekh. nak tunggu BM..bertahun le lagi.huwaaa!!!

aliadijamina said...

Suziiiiii....wahhhh.. roti lagi, yummy yummy...suka tengok roti yang suzi buat menjadi jer..
Balik boleh bukak bakery nanti...

cheryna zamrinor said...

sha selalu beli kat kedai je...roti yg paket kuning tuh...selalu wonder camne la roti tuh leh jd lembut...bace resepi nih baru faham...!!!


kak suzi nieh mmg berbakat laaa..

Unknown said...

alamak, dia dah mula lagi... kakchik dah lama jugak tak buat roti ni. sekali rasa terliur tengok roti suzi ni, planning nak buat pizza esok nanti kan kena tukar pulak hehehe, tergoda...

GREENJADE said...

tuler kakcik.sy pon tergoda ngn resepi roti nih..cdg nk wat cake trus hancuss..kekekeke

suzi mmg terer wat roti..byk resepi roti best2 kat sini :)

Suziey Ahmad said...

aduuu,...gebus btol kak suzi..erkk bkn kak suzi tp roti tu..ekeke:D

Anonymous said...

Kak tie suka roti kentang ni...selalu beli kat bakery je...tak pandai nak buat laa...he he..

Shada said...

salam
saya suka sangat roti kentang, selalu beli kat Jaya jusco.

Suzi said...

kak ain,
seronok buat roti ni...trylah buat..buat sikit dulu hihihi

alia,
buak bakery utk anak2 blh le hihihi...

sha,
akak ikut resepi org(cik wan) je...:)

kak chik,
bkn apa kak chik...cuaca makin sejuk...anak2 kat rumah lak asyik ckp lapar je..mkn roti kenyang sikit hihihi...

tinie,
rajin sbb ada mesin tukang uli hihihi

suziey,
akak pun gebu gak hihihi..

kak tie n shais,
saya pun suka...trylah buat sendiri lak ...lg sedap tau!...

azreen said...

bile la nak start buat roti nih...adoh haiiiii